ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
“Saya meramalkan terdapat pilihan fesyen yang lebih berani daripada Gen Z…”

TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Jangan hadkan berfesyen oleh label atau gender. Sebaliknya, kenali bentuk badan dan siluet anda. Ini semua tentang memahami dan mempertajamkan mata itu untuk mengetahui bentuk, potongan dan kombinasi yang menonjolkan yang terbaik dalam diri anda.
LABEL ATAU PEREKA FESYEN KEGEMARAN? MENGAPA?
Saya selamanya lelaki Celine (can’t afford that, so never mind haha). Baru-baru ini saya mengetahui akan jenama ASHI studio dan juga menyukai reka bentuk dan siluet rekaan dari pereka tersebut. Tetapi untuk jenama yang saya sentiasa pakai-COS. Ia adalah Celine kelas pertengahan. Haha.
ADRIEN SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN ADRIEN?
Saya percaya bahawa “change is the only constant”, jadi stail saya berubah setiap tahun! Saya fikir ia bergantung pada apa yang memberi inspirasi kepada saya, dan sejauh mana “berani” saya untuk mengekspresi diri saya. Saya selalu melayari Instagram untuk mencari pelbagai idea gaya dan sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk dicuba.
APAKAH PANDANGAN ADRIEN TENTANG FESYEN DI MALAYSIA?
Saya rasa rakyat Malaysia terlalu ‘selamat’ dalam pilihan pakaian mereka. Mungkin semua orang terlalu selesa? Maybe they’re repressed? I don’t know.

RUTIN PENJAGAAN BADAN/MUKA
Saya pernah belajar balet, tetapi sekarang setelah mencecah 36 tahun, badan saya tidak dapat menampungnya lagi. Jadi saya kembali aktif berenang. Tentang wajah pula, saya hanya menggunakan produk Innisfree. Rutin penjagaan wajah seperti yang biasa sahaja, iaitu memakai pencuci muka, toner, serum, pelembap, krim tabir suria. Saya juga kerap memakai ‘sheet masks’.
APAKAH HARAPAN ADRIEN UNTUK TAHUN 2023?
Untuk berjimat lebih banyak wang dan menjadi lebih berdikari dan ‘sustainable’. Dan juga mengembangkan perniagaan hiasan dalam ke Bangkok (dan lebih banyak negara Asia Tenggara mungkin!) dan menjadi berjaya!
Artikel berkaitan: RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Izat ALPHA sering tampil dengan warna dan gaya rambut berbeza. Jom lihat evolusi hair colour dan hairstyle Izat yang sentiasa berubah!











