Skip to content

behati

BEHATI TAMPILKAN SILUET UNIK BUAT SYAWAL

Kongsikan artikel ini

Cuba putar kembali momen Raya 2019, sebelum Pendamik. Pasti ada yang tidak boleh lupakan imej kemen raya yang mana seorang lelaki bergaya seakan baju melayu, duduk seperti dalam gaya yoga. Ia mencetus sensasi viral di alam maya. Ada yang terima dengan terbuka, ada pula yang kecam tanpa hati dan perut. Namun itu tidak melunturkan semangat Behati! Kerana tahun ini, Kel Wen empunya jenama Behati terus melancarkan koleksi Behati Ramadan 2021.

BEHATI

Gaya Yoga buat kempen Behati yang Viral

Boleh dilihat yang Kel Wen ini pencinta budaya Malaysia dan otaknya cukup geliga dalam mentafsir siluet moden. Lantas boleh dilihat bagaimana Kel Wen sajikan siluet bercitra kontemporari pada siluet baju melayu yang cukup tradisional. Sejujurnya, mungkin saya tidak cukup moden untuk cetusan kontemporari ini. Namun, melihat usahanya yang cukup gigih, serta mencipta elemen yang fun dalam siluet baju melayu ini cukup memberi impak pada masyarakat umum.

BEHATI

The Baju Melayu Pendek

Kali ini, Behati memperkenalkan dua cetusan gaya yang diambil inspirasi daripada gerobok tradisional. Pertama adalah padanan baju melayu bersama celana pendek. Ideanya adalah untuk mencipta baju melayu yang berkarakter sporty. Ia nampak begitu kasual, kerana itulah misi Kel Wen tatkala mereka baju melayu baru ini. Cuma cadangan peribadi, mungkin bukan untuk hari raya pertama. Atau, pilihan celana pendek melewati keting lebih manis untuk terus menghormati sambutan Syawal nan murni.

Pilihan lebih klasik taruhan Kel Wen

Pilihan lain adalah Wira Jubah yang mana siluet oversized ditaruhkan pada jubah. Menariknya, Kel Wen terus memelihara perincian klasik baju melayu. Buat setiap rekaan barunya ini, dia terapkan elemen Pesak, Kekek dan Cekak Musang agar nampak ritma klasik.

Wira Jubah ilham Kel Wen

PAUTAN BERKENAAN: KEBERSAMAAN DAN KESELESAAN GARAPAN LEVI’S RAMADAN 2021

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADAM LEVINE AKUI ‘TERLAJAK PERAHU’ NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN THE NEW DRAMATIC MOOD, KEL WEN

Bacaan Lanjut

KEL WEN, TUNGGAK UTAMA BEHATI

Bacaan Lanjut

LALAKI OFFICIAL, CURAH NAFAS BARU DALAM PENGHASILAN BAJU MELAYU KLASIK

Bacaan Lanjut

TIP FESYEN RAYA TERBAIK UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut