BENJAMIN TEOH, KREATIF DALAM BERFESYEN
STAIL SUDAH SEMESTINYA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA DIRINYA. MALAH, SEBAGAI PRODUSER UNTUK AGENSI KREATIF, BENJAMIN TEOH (@benjaminteoh.wav) MERASAKAN STAIL ITU PENTING UNTUK ‘FIRST IMPRESSION’.
PERKHABARAN BAHARU BENJAMIN?
Pandemik ini cukup produktif bagi saya dan pasukan saya di WAV Studio. Sekadar pengenalan ringkas mengenai WAV Studio, kami adalah agensi kreatif yang membuat fotografi/videografi, reka bentuk dan lain-lain. Pada asasnya, agensi yang mengumpul idea dari pelbagai sudut kreatif. Oleh keran kami masih dianggap sebagai syarikat ‘startup’, kami fokus pada pembangunan perniagaan dan juga membina jalinan kerja di kalangan ahli pekerja.

KONGSIKAN REVOLUSI GAYA PERIBADI?
Semua orang pasti melalui fasa fesyen yang berbeza seiring berjalannya waktu. As for myself, it was.
A whole trial and error process. Melewati seluruh fasa berpakaian seperti apa yang dipakai oleh individu-individu lain dan mengikut trend di Instagram. Yang tidak salah dengannya. Tetapi seiring dengan peningkatan usia, stail saya cenderung penampilan yang matang dan juga memilih jenama yang mempunyai identiti yang sama dengan saya, yang mana boleh saya hubungkan.
APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN BENJAMIN?
Sekadar menyebut, Rick Owens, Luka Sabbat, Jacob Keller, Teddy Saintis.
HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI PRODUSER KREATIF?
Saya tidak menganggap fesyen dan stail memainkan peranan utama dalam kerjaya saya. Tetapi adalah lebih baik untuk menunjukkan ‘impression’ kepada orang yang anda temui setiap hati. It’s always about the “wow factor”.


APAKAH STAIL YANG INGIN BENJAMIN CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?
Saya merasakan bahawa lelaki harus lebih eksperimen ketika berpakaian, bukannya memakai kemeja T grafik biasa atau apa sahaja yang menjadi trend di luar sana. Letakkan warna merah jambu pada penampilan anda di sana sini. Heck, pakaikan juga rantai mutiara. Tidak ada peraturan ketika bergaya.
HOW DO YOU THINK THAT FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC.
Banyak jenama yang keluarkan koleksi pakaian santai untuk memenuhi keseluruhan estetika kerja. Ia agak berlebihan jika anda bertanya kepada saya, namun saya tidak sabar untuk melihat koleksi pakaian yang lebih menarik selepas ‘lockdown’ berakhir.
SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Sara respek dan mengagumi mereka yang dapat berpegang pada satu gaya tertentu dan membiarkan ia melambangkan identiti gaya peribadi.
Sebagai contoh, Jiman (@jimancasablancas) dalam gaya punk rock, seluar jeans skinny dan estetika but bertumit dan juga Joe Chia dalam gaya hitam berlapis semuanya.

BAGAIMANAKAH BENJAMIN MENJAGA DIRI DAN KESIHATAN MENTAL DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Saya sentiasa produktif, merancang projek masa depan, berhubung dengan individu kreatif di sekeliling, memeriksa keadaan rakan-rakan pada masa tertentu. Juga, adalah baik untuk berehat seketika untuk melihat kembali apa yang telah anda capai selama bertahun-tahun dan bersyukur kepada orang yang telah kita temui dan berjaya mengecap pencapaian tertentu.
ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?
Tidak membeli pakaian baru-baru ini tetapi rakan baik saya telah mendorong saya untuk melabut untuk diri sendiri dengan lebih banyak. Itulah sebabnya saya melabur dalam membeli peralatan yang dapat membantu aliran kerja saya dan mengambangkan kebolehan saya.
Selain itu, baru-baru ini saya menggunakan lilin wangi, jadi pembelian terbaik yang saya lakukan baru-baru ini adalah lilin wangi dari Lilin + Co. Shoutout to them!
PROJEK AKAN DATANG?
Kami mempunyai projek yang disusun sepanjang tahun tetapi kebanyakannya ditangguhkan kerana pandemik. Tetapi pasukan saya akan mengarahkan sebuah filem pendek untuk kolaborasi antara jenama jam tangan antarabanga dan jenama pakaian jalanan Malaysia. Nantikan di @creatingwavs.
Artikel berkaitan: URIAH SEE, BELAJAR BEREKSPERIMEN GAYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.











