BIG SEAN X PUMA CLASSIC SPRING 2017
Jenama pakaian sukan gergasi seakan mendominasi arena fesyen tahun ini apabila mengumumkan kolaberasi bersama rapper terkenal, Big Sean sebagai rakan kreatif dan duta global PUMA 2017. Penyanyi rap generasi milenial yang turut mendapat pencalonan pada Anugerah Grammy 2017 lalu ini juga bakal menyumbang idea serta inspirasi bersama pasukan kreatif profesional PUMA untuk koleksi-koleksi PUMA yang dijangka akan dilancarkan pada musim luruh 2018.

Melalui kolaborasi ini juga, Big Sean bermula sebagai wajah kreatif kempen ‘PUMA Classics’ musim panas, tahun ini. Buat masa ini, Big sean menggayakan stail dari ‘PUMA Classic Line’ seperti persalinan ikonik PUMA Suade/Clyde serta jaket dan celana T7 Track. Pengarah global pemasaran jenama PUMA, Adam Petrick mengatakan, “Kami amat teruja apabila Big Sean turut sama menyertai keluarga kami. Sesiapa yang mengikuti perkembangan sepanjang kariernya pasti akan tahu bahawa bakat beliau dalam bidang muzik. Malah, kreativiti dan keperibadian Big Sean juga menonjol.

Seterusnya, PUMA juga bertindak sebagai penaja pada siri jelajah muziknya, “I Decided” Summer Tour 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











