BRIGHT TAMPIL MENGGODA BINTANGI KEMPEN CALVIN KLEIN
BRIGHT MAKIN BERSINAR. KALI INI MUNCUL DALAM KOLEKSI TERKINI CALVIN KLEIN DEDIKASI MUSIM LURUH 2024. UNTUK KOLEKSI WANITA PULA, PELAKON GRETA LEE TERPILIH SEBAGAI WAJAH KEMPEN BUAT PERTAMA KALINYA.
Calvin Klein melancarkan kempen baharu yang menampilkan pelakon dan artis Thai popular, BRIGHT untuk koleksi denim musim luruh 2024. Diarahkan oleh AJ Duan dan dirakam oleh Park Jong Ha, Bright dirakam dalam konsep potret studio berlatarkan latar belakang biru dan hijau. Memakai seluar denim terkini, kemeja T logo, dan jaket denim- menyampaikan ekspresi diri dalam cara yang santai.
Menggayakan koleksi denim Calvin Klein sepenuhnya, BRIGHT merefleksikan diri yang sebenarnya, serta gaya kasual sempena menyambut perubahan musim. Siluet denim utama musim luruh, ‘Straight Jean 90-an’, menawarkan pakaian asas yang sempurna untuk penampilan kasual dalam waktu musim sejuk.
GAYA IDEAL DENIM DARI BRIGHT
Menyemak imej kempen, BRIGHT ada menggayakannya dengan kemeja T Monologo dan seluar dalam ‘Modern Cotton Air Trunks’, jaket Trucker ‘90-an dan kemeja T logo yang bersifat relaks. Selain itu, untuk opsyen gaya santai yang lain, BRIGHT tampil dalam kemeja klasik lengan panjang dan kardigan yang digayakan bersama the Modern Cotton Trunk.
Bagi lelaki yang mahukan stail yang terarah semi kasual, BRIGHT memadankan seluar jeans longgar dengan jaket Windbreaker yang elegan dibawah jaket denim Sherpa yang lembut. Penampilan BRIGHT lagi, dicemerlangkan dengan seluar klasik denim Standard Straight dengan baju denim slim yang kontra, di lapisi jaket Twill Nylon Bomber untuk penampilan yang menggabungkan keanggunan klasik dan fleksibel gaya berpakaian moden.
Terbukti, koleksi ini menawarkan pilihan gaya yang tepat untuk kehidupan kota yang dinamik serta liburan akhir tahun yang santai.
GRETA LEE SERLAHKAN SISI SEKSINYA
Greta Lee mula menjadi perhatian sejak berlakon dalam filem ‘Past Lives’. Bergelar sebagai orang fesyen terbaharu, Greta Lee kini muncul dalam kempen musim luruh 2024 Calvin Klein. Kempen yang diarahkan dan dirakam oleh Mert Alas, detik-detik hariannya dilihat melalui lensa baharu ketika Greta bergerak dengan yakin dalam sepanjang harinya.
“Menjadi sebahagian daripada kempen ini amat bermakna bagi saya kerana saya dapat muncul sebagai diri saya sendiri dan bersandar pada sisi diri yang tidak pernah saya tunjukkan sebelum ini,” kata Greta Lee.
Artikel berkaitan: 5 GAYA FESYEN MIERUL AIMAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.
KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN
Calvin Klein Memperkenalkan Kempen Baharu Dengan Penampilan Mingyu SEVENTEEN dalam Koleksi Denim Luruh 2024.
SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?
Antara BamBam, Bright, ataupun Win Metawin, siapakah selebriti lelaki Thailand yang mempunyai jumlah followers yang paling tinggi di Instagram?
BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA
Spekulasi percintaan bintang Thailand ini hangat diperkatakan terutama selepas tularnya foto percutian mereka di Jepun.
5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Bright Vachirawit akan membuat penampilan istimewa pada 23 April ini untuk meraikan produk terbaru Kiehl's di Mid Valley Megamall. Bright Vachirawit yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal juga sering dilihat dengan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023
Meerqeen sering menampilkan perwatakan yang begitu segak yang disulami dengan stail fesyen peribadinya yang cukup bergaya. Mari lihat gaya terbaik Merqeen sepanjang 2023.