BRUNELLO CUCINELLI FW21 BERGAYA TIMELESS
LUPAKAN SEKETIKA TENTANG TREND SEMASA KERANA BRUNELLO CUCINELLI MAHU KITA AMATI SEJENAK CERAIAN YANG KLASIK BUAT UPDATE FESYEN LELAKI MODEN BUAT FW21.
Kali ini Brunello Cucinelli membawa batilionnya ke Solomeo, kawasan tengah Itali. Lokasi dipilih untuk mempersembahkan himpunan musim luruh Brunello Cucinelli. Persembahan yang berlangsung selama empat hari, adakah usaha jenama ini untuk memberi keselesaan buat klien mereka tatkala pendamik masih berleluasa. Ia berlangsung sama harinya dengan Pitti Uomo di Florence. Casa Cucinelli dibuka buat previu koleksi baru ini. Laksana jenama ini, pertunjukan koleksi Brunello Cucinelli FW21 juga mempunyai semangat kekeluargaan dan lebih tenang.
Saat ini kita sejenak berfikir, apakah pakaian masih perlu ikutkan trend semasa? Idea ini dilihat fikiran lama. Langsung, Brunello Cucinelli mahu mengubah cara kita berpakaian. Memadukan gaya lama dan terkini dalam satu garapan yang lebih bersifat timeless tapi punya rasa fesyen terbaru. Idea yang dipertaruhan buat himpunan musim luruh 21 ini memberi inspirasi pada tahun-tahun mendatang. Juga, menyatukan kualiti dalam nada yang lebih harmoni. Kunci idea utama, pakaian harian yang lebih dinamik.
Palet yang disajikan buat mata memandang adalah pilihan rona semula jadi. Putih hadir dalam pelbagai palet yang berbeza. Daripada putih gading hingga ke putih kulit telur. Sedikit campuran rona kelam kelabu memberi rasa cosy pada pemakaian harian. Bagi memberi rasa girang, selitan rona biru mendamaikan gerobok baru taruhan Brunello Cucinelli. Pilihan ceraikan kait adalah tunjuang utamanya, maka taruhan item asas kait mengukuhkan lagi cetusan idea rona yang nyaman dengan ceraian kait yang selesa.