BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM, SEMARAK GAYA MUSIM PANAS
KOLEKSI BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM MENAWARKAN RAGAM ITEM ASAS KHUSUS LIBURAN ATAU BERSANTAI UNTUK MENYEMARAKKAN TAMPILAN SEHARI-HARIAN SEPANJANG MUSIM PANAS. KEMPENNYA DIHIASI OLEH WAJAH SUPERMODEL, NAOMI CAMPBELL.
Burberry melanjutkan evolusi koleksi TB Summer Monogram, yang direka oleh Ketua Pegawai Kreatif Riccardo Tisci, dengan kempen baru yang dibintangi Naomi Campbell yang sangat ikonik, merayakan idea dan semangat optimisme musim baru, seiring semaraknya musim panas.
Menyuguhkan gagasan dualitas dan dua perspektif yang berbeza, kempen ini menyelusuri kembara antara dua dunia, menyatukan visual bersama keperkasaan teknologi CGI, hasil karya jurugambar, Danko Steiner.
Penghasilan kempen disempurnakan oleh artis visual Frederik Heyman, yang bertanggungjawab untuk menambah efek juga mencipta versi CGI Naomi Campbell pada imej kempen. Kombinasi yang indah, menyatukan elemen alam dan teknologi dalam perspektif baru yang berkonsep futuristik.
Visi futuristik, harmoni menghubungkan ketenangan dan pengembaraan, lantas menyuntik inspirasi kepada kita untuk berfantasi, mengolah identiti untuk tampil berani dan keluar dari zon selesa. Ia turut membawa kedalaman serta sisi kontras yang terdapat pada individu juga dalam sebuah konsep. Burberry sentiasa tampil terdepan dan unik dalam konteks apapun, maka itu jenama tersebut kekal unggul dalam lapangan fesyen.
“Untuk koleksi TB Summer Monogram ketiga saya, saya ingin meraikan keseimbangan warisan kita dengan pentingnya untuk sentiasa berkembang dan berevolusi ke hadapan. Koleksi ini adalah refleksi gaya musim panas yang optimis dan momentum berterusan, kegembiraan untuk setiap yang akan datang,” ungkap Riccardo Tisci.
Sebagai refleksi kepada Thomas Burberry (pengasas Burberry), initial TB ditampilkan dalam corak monogram, disegarkan pula dengan suntikan warna baru yang mengilhami musim panas, termasuk biru kobalt, biru tua dan kelabu yang cerah. Koleksi yang bersifat ringan, namun bersiluet sukan bercetak sarat dengan monogram Thomas Burberry. Sekali gus, menggemilangkan trend logomania.
Tiap rekaan yang terkandung, merupakan item ‘essentials’ santai kala musim panas, samada kembara di lokasi kota mahupun bercanda di kawasan pantai. Tak dinafikan juga, ada beberapa item yang bersesuaian untuk digayakan sekadar bersantai di rumah, misalnya sandal, celana pendek, hoodie dan tuala mandi yang cool.
#Burberry
Artikel berkaitan: BAPE® X COACH, KOLABORASI YANG EPIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
LIMA LAGU GALAU TERBAIK NAIM DANIEL YANG WAJIB DENGAR
Naim Daniel, nama yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia, telah memikat hati peminat dengan suara merdunya dan lirik yang penuh emosi.
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JONATHAN ANDERSON
Dalam dunia fesyen yang sering diwarnai nama-nama besar, Jonathan Anderson berdiri megah sebagai suara yang berani, berbeza, dan tidak pernah takut mencabar ketradisionalan gaya.