Skip to content

COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA

Kongsikan artikel ini

GL Gang, Hakimi Noordin, bersama Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Johan Kassim, menyertai sesi penggayaan istimewa #StyledbyJK untuk mencari padanan outfit dan beg dari koleksi Coach Holiday 2025 bagi melengkapkan gaya Hakimi.

hakimi noordin

Musim perayaan tahun ini menjanjikan pengalaman penuh keajaiban apabila Coach menjemput para pengunjung melangkah masuk ke dunia fantasi menerusi tiga pop-up istimewa yang kini dibuka di The Gardens Mall, The Exchange TRX dan Genting Highlands Premium Outlets. Pop-up ini berlangsung mulai sekarang sehingga 4 Januari 2026, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin merasai kemeriahan hujung tahun dengan cara yang unik dan mempesonakan.

Diinspirasikan daripada keindahan hutan musim sejuk, pop-up Coach Holiday direka khusus untuk membangkitkan deria dan membawa pengunjung ke alam penuh keajaiban. Setiap ruang dipenuhi unsur fantasi. Daripada makhluk hutan yang ingin tahu sehinggalah kejutan tersembunyi yang menanti di setiap sudut. Haruman nyaman pohon pine dan udara musim sejuk yang segar menambahkan lagi rasa nyaman, manakala bunyi ciapan burung, salji yang berkisar serta dedaun pohon pine yang berdesir mencipta suasana seolah-olah berada di dunia magis yang sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Let’s party!

Bagi menambahkan kemeriahan, GLAM Lelaki bersama GL Gang, Hakimi Noordin untuk merasai pengalaman pop-up secara eksklusif. Kami melawat butik baharu Coach yang baru berpindah lokasi di The Gardens Mall. Dalam kunjungan tersebut, Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Johan Kassim dan Hakimi mencuba rangkaian pakaian musim terbaharu serta memadankannya dengan beg Coach Holiday 2025. Gaya sempurna untuk malam parti yang bergaya dan penuh personaliti. Kehadiran Hakimi bukan sahaja menghidupkan suasana, malah memberikan inspirasi fesyen kepada setiap lelaki. 

Hakimi Noordin tampil bergaya dengan menggayakan dua beg daripada koleksi Coach Holiday 2025 . Pilihan seperti koleksi terbaharu Coach Tabby menyerlahkan sisi stylish dan elegan, sesuai untuk suasana berpesta. Memiliki ragam siluet dan reka bentuk. Tentu sahaja padanan beg ini meningkatkan gaya tujuan.

Beg tersebut boleh digayakan mengikut kesesuaian ‘outfit’, sama ada secara silang atau sandang pada bahu. Rekaannya yang sofistikated melengkapkan penampilan serta memberi sentuhan fesyen yang berani dan bergaya.

Paduan jaket varsity pula menjadi inspirasi gaya untuk keluar bersantai atau berpesta, misalnya sambutan malam Tahun Baharu, dengan sentuhan moden, kasual dan penuh keyakinan.

coach holiday 2026

coach pop up 2025

Menangi hadiah eksklusif

Bagi memeriahkan lagi pengalaman, pengikut halaman Instagram @coachseasia berpeluang menebus polaroid edisi khas Coach Holiday secara percuma pada hari bekerja di mana-mana pop-up yang mereka kunjungi. Pada hujung minggu pula, pengunjung boleh mendaftar untuk menyertai cabutan bertuah bagi peluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Coach Holiday Puffy Stickers, kertas pembalut perayaan, poskad edisi terhad, baucar Coach Coffee Shop, serta hadiah utama misteri yang pastinya dinantikan.

Pop-up istimewa ini akan diteruskan setiap hari sehingga 4 Januari 2026. Manakala aktiviti pemberian hadiah akan berlangsung pada setiap hujung minggu. Ini termasuk dua hujung minggu istimewa. Hujung minggu panjang Malam Krismas dari 24 hingga 28 Disember 2025 serta hujung minggu panjang malam Tahun Baharu dari 31 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.

Dengan gabungan suasana memukau, aktiviti menarik dan hadiah eksklusif, Coach Holiday pop-up menjanjikan pengalaman perayaan yang tidak dapat dilupakan bagi seluruh keluarga dan peminat jenama ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia fantasi Coach musim ini!

Artikel berkaitan: THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025

Bacaan Lanjut

PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki ikmal amry

SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.

Bacaan Lanjut
ALVN

ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”   

Bacaan Lanjut
10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU

10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU

Bacaan Lanjut