COACH LANCARKAN “WITH FRIENDS”, DIALOG POSITIF BERSAMA SAHABAT
KEMPEN GLOBAL MUSIM LURUH 2021 YANG DIBINTANGI OLEH JENNIFER LOPEZ, MICHAEL B. JORDAN, KOKI DAN JEREMY LIN. SIRI KEMPEN YANG DIRAKAM OLEH RENELL MEDRANO.
Musim baharu, semangat juga baharu. Kebaharuan turut menjadi pertimbangan Coach untuk musim ini, dengan memperkenalkan kempen global musim luruh 2021 yang dibintangi oleh keluarga Coach. Antara yang terlibat ialah Jennifer Lopez, Michael B. Jordan, dan Jeremy Lin dan dirakam oleh Renell Medrano. Kempen ini memperlihatkan momen gembira yang tidak dijangka yang hanya dapat dirasai saatnya bersama rakan dan komuniti berkumpul. Ternyata, Coach sekali lagi menyambut tema kebersamaan.


Dalam menyambut tema tersebut, koleksi Coach musim luruh 2021 turut memperkenalkan beg Tate dan Soft Tabby yang baharu, Hitch Backpack dan pengenalan semula beg Rogue yang ikonik. Diilhamkan oleh visi terkini Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers untuk rumah fesyen itu, koleksi ini juga meliputi kot shearling mewah dan jaket kulit yang direka dengan kerjasama jenama Amerika, Schott.
Bertempat di bandar-bandar di seluruh dunia, kempen ini mengetengahkan suasana pertemuan di luar dan mengadakan pesta bersama komuniti sebenar, termasuk penampilan pasukan jump-rope Miami ‘The Hurricane Jumpers’, kumpulan jazz Afro-Cuban ‘Miguel Cruz’ dan Sugarcane serta Gliiico, kumpulan dari Tokyo.
Bintang-bintang kempen juga berkongsi apa yang mungkin hanya dilakukan dengan rakan, dan bagaimana rakan mereka memberi inspirasi dan sokongan kepada mereka. Dialog-dialog antara mereka cukup menginspirasikan dan bersifat positif, sangat berguna untuk situasi dunia sekarang.
Untuk mencipta kempen, Coach bekerjasama dengan penata gaya Olivier Rizzo serta bintang kempen lain yang melibatkan rakan-rakan terdekat Jeremy Lin dari kolej, Kheaton Scott dan Nathan Liut, dan pelajar dari “Dream It Real”, inisiatif Coach yang memfokuskan untuk membantu menghapuskan ketidakseimbangan dengan memperkasakan generasi seterusnya untuk mencapai pendidikan yang tinggi.

“Koleksi musim luruh 2021 diilhami oleh masa kini dan masa depan kita- oleh apa yang telah kita pelajari dan hala tuju yang akan datang,” kata Vevers. “Ini adalah kisah mengenai persahabatan dan cara orang yang kita sayangi memberi inspirasi, menyokong dan membentuk kita, dan kegembiraan yang kita rasakan untuk menghabiskan masa bersama lagi. Menenangkan, bernostalgia dan menyentuh, ia meraikan rasa kemungkinan dan kegembiraan yang tercetus dalam hubungan,”
“Idea untuk berada bersama rakan bermaksud berada di sekitar orang yang anda selesa,” kata Jordan. “Orang yang membolehkan kita menjadi diri sendiri, berkembang bersama, juga menjadi kreatif bersama. Ia mengenai berada di persekitaran yang membuat anda selesa, di mana anda boleh menjadi diri sebenar dan berkembang maju,”.
#COACHNY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL RAYA 2026: COACH SAMBUT MUSIM RAYA DENGAN KOLEKSI IKONIK
Coach hadir dengan koleksi penuh ikonik dan fesyen, istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang bulan ini.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI
Zarif Ghazzi semakin mencuri perhatian sejak berlakon dalam drama hit Khunsa dan Seribu Tahun. Zarif menghiasi cover digital Februari 2026.
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI
"Individu impian saya untuk bekerjasama ialah Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Francissca Peter," Jemput Dengar.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.













