Skip to content

PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

DAVIDE RENNE SERTAI KELUARGA MOSCHINO SEBAGAI PENGARAH KREATIF

Kongsikan artikel ini

Rumah fesyen Itali, Moschino secara rasminya melantik Davide Renne sebagai pengarah kreatif baharu jenama itu bermula 1 November 2023.

Kerusi pengarah kreatif dibiar kosong sejak Jeremy Scott melepaskan jawatannya Mac lalu selepas sepuluh tahun berkhidmat. Kini Davide Renne bakal menggantikan tempatnya dan mementas koleksi pertama di pentas Minggu Fesyen Milan pada Februari 2024.

Moschino, Davide Renne

Foto: Ilmessaggero

Dengan pengalaman dua dekad bersama Gucci, pereka berusia 46 tahun itu lebih daripada layak untuk mengisi jawatan tersebut. Sebaik tamat pengajian di sekolah fesyen Polimoda, dia bekerja sebagai pereka kanan Alessandro Dell’Acqua seterusnya pengarah kreatif Ruffo selama setahun.

Pereka kelahiran Tuscany, Itali ini menerajui jabatan kreatif Gucci sebagai ketua pereka womenswear sejak 2004 dan mengundur diri Mac lalu. Di Moschino, dia akan mengetuai jentera kreatif koleksi wanita, lelaki dan aksesori.

Bakat Luar Biasa Davide Renne Dikagumi

Massimo Ferreti yang merupakan pengerusi eksekutif Aeffe, syarikat induk Moschino berkata, “Hari ini kami mengalu-alukan Davide ke dalam keluarga Moschino. Kami amat kagum dengan visi sofistikated Davide tentang kuasa fesyen untuk berinteraksi dengan dunia serta kefahaman mendalamnya tentang legasi dan kos House of Moschino.

“Dia seorang pereka cemerlang dan insan istimewa. Sejak mengenali Davide, saya bukan sahaja terpesona dengan bakat luar biasanya, tetapi juga kebaikan hati dan kepekaannya. Kami yakin dia akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Moschino.”

Moschino

Pelantikan Davide Renne memberi sinar dalam industri fesyen mewah selepas sebilangan besar pengarah kreatif melepaskan jawatan mereka tahun ini.

Jeremy Scott yang terkenal dengan koleksi fesyen eksentrik mengucapkan selamat tinggal kepada Moschino tujuh bulan lalu selepas sepuluh tahun memegang jawatan pengarah kreatif. Sarah Burton turut mengambil langkah serupa baru-baru ini.

Dia menamatkan perkhidmatan selama 26 tahun di Alexander McQueen dan mempersembahkan koleksi terakhirnya di Minggu Fesyen Paris. Graduan Central Saint Martins, Sean McGirr akan menggantikan tempatnya. Sementara itu Chemena Kamali akan menyertai Chloé manakala Walter Chiapponi pula berundur dari Tod’s.

 

Foto: Alessio Balzoni

Pautan berkaitan:  STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

Bacaan Lanjut
JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO

JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO

Bacaan Lanjut
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”

KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN MAN OF ERA, AWAL ASHAARI

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN THE FITNESS DARLING, EDDY SYAMIN

Bacaan Lanjut
palace moschino

PALACE MOSCHINO KOLABORASI BUAT SKATERS

Bacaan Lanjut