Dior Men dalam Komik X-Men
How influential is Kim Jones now? Sejak debutnya selaku Pengarah Artistik Dior Men dengan pembentangan koleksi musim Bunga/Panas 2019 label tersebut, namanya terus meniti di bibir pencinta dan pengkritik fesyen global.
Mana tidaknya? Setelah bertahun-tahun kita disajikan dengan koleksi-koleksi lelaki yang berteraskan athleisure dan streetwear, Kim Jones membawa suatu kesegaran pabila dia meningatkan kita semula kepada kehalusan tailoring, sekali gus memperjuangkan semula kegemilangan sepasang sut yang segak. But this is no ordinary suit. Jika secara tradisi, rekaan sut lelaki lazimnya terlalu formal dan rigid, dengan sentuhan Jones yang distingtif dan kreatif, sut lelaki moden kini tampil dengan siluet yang lebih relaks tapi kekal elegan.

Dari kiri: Look dari Dior Men Fall 2019, Dior Men Spring 2020, dan Miguel dalam persalinan Dior Men di Anugerah GRAMMY Latin 2019.
Antara rekaan sut yang sudah sinonim dengan Dior Men kini ialah sut double-breasted dengan potongan relaks yang dilengkapkan dengan selendang yang membaluti badan dari bahu dalam jaket ke bahagian pinggang belakang. Diperkenalkan kala koleksi Dior Men Fall 2019, sut ini kemudiannya diperbaharui untuk koleksi Dior Men Spring 2020 dalam versi one-and-a-half-breasted pula.
Rekaan sut ini memberi ekspresi stail yang lebih fleksibel. Maka tak hairanlah ia berjaya menambat hati barisan selebriti lelaki yang berlainan latar belakang dan gaya peribadi.

Dari kiri: Barisan aktor Sir Patrick Stewart, Nicholas Hoult & Darren Criss, masing-masing menggayakan sut Dior Men di acara-acara karpet merah.
Pabila digayakan oleh penyanyi Miguel di majlis Anugerah GRAMMY Latin ke-20, imejnya tampil Punk Rock. Namun bila disarungkan pada pelakon Sir Patrick Stewart di tayangan perdana filem Charlie’s Angels pula, imejnya membiaskan aura aristokratik. Aktor Nicholas Hoult dan Darren Criss pun tidak ketinggalan menggayakan sut Dior Homme ini di acara permaidani merah.
Namun, tanpa diduga, pengaruh Kim Jones dan Dior Men tidak terhenti di karpet merah dan halaman editorial fesyen semata-mata. Minggu lalu, dalam komik Marauders edisi #5 – satu siri komik X-Men yang baru – jelas terlihat salah seorang daripada karakter komik tersebut segak menggayakan sut Dior Men!

Sut Dior Men turut diabadikan dalam halaman komik Marauders, isu #5 (keluaran Januari 2020).
Dalam satu panel naskhah itu, Christian Frost yakni abang kepada Emma Frost (White Queen) dilihat sedang berbual bersama Bobby Drake (Iceman). Christian, seorang yang sentiasa tampil stylish, memakai sut double-breasted dengan selendang yang sudah menjadi signatur sut Dior Men. Bukan selalu dunia fesyen boleh bertembung dengan dunia komik sebegini. Menunjukkan betapa hebatnya penangan Kim Jones selaku penggerak dunia fesyen lelaki.
Terbitan Marvel, komik Marauders adalah hasil tulisan Gerry Duggan, dengan lukisan oleh Matteo Lolli bersama Lucas Werneck dan artis warna, Federico Blee.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











