Skip to content

KEMASYHURAN 50 TAHUN

Kongsikan artikel ini

RUMAH ARLOJI OMEGA, SEIKO, TAG HEUER SERTA ZENITH MENCIPTAKAN JAM TANGAN EDISI TERHAD BAGI MERAI SAMBUTAN JUBLI EMAS SETIAP HIMPUNAN IKONIK LAGI SUKSES INI.

Himpunan Speedmaster citra Omega, Astron oleh Seiko, Monaco ciptaan Tag Heuer dan El Primero garapan Zenith, masing-masing melangkah ke usia 50 tahun. Keunggulan nadi serta ketukangan pembuatannya terus berdenyut kencang sehingga ke hari ini. Ternyata, setiap himpunan ini hadir dalam pelbagai edisi sebelumnya. Secara tidak langsung, diperkukuhkan sejajar dengan inovasi lapangan arloji yang kian memberangsangkan. Mencitrakan interpretasi terbaru, jam tangan edisi terhad ini hadir bagi merai sambutan jubli emasnya. Sudah pasti ada pengumpul serta pencinta arloji dunia yang mendambakannya. Di samping itu, setiap himpunan punya ceritera di sebalik penciptaannya lalu tampil menjadi item utama bagi setiap rumah arloji ini dan penampilannya terus sukses.

1 of 4

Jam Speedmaster Apollo 11 Edisi Terhad Ulang Tahun Ke-50 Citra Omega

PENEROKAAN IKONIK BULAN

Sudah 50 tahun sejak manusia mengambil langkah berani dan mendarat untuk julung kalinya di bulan. Ia adalah satu momen yang mengubah sejarah lalu menterjemah batas kemungkinan selama-lamanya. Mengapai ulang tahun yang ke-50, Omega meraikan saat ini dengan perkenalan Speedmaster Apollo 11. Sekali gus, memperkukuhkan hubungan istimewa yang terjalin bersama para angkasawan serta legasi misi Apollo 11. Semua maklum, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin adalah  manusia pertama yang melangkah kaki di bulan, jam 02:56 UTC pada 21 Julai 1969. Penerokaan mereka hanya berlangsung selama dua setengah jam. Namun, pencapaian kala meninggalkan jejak yang jelas mengenai sejarah penerokaan ruang angkasa adalah spektakuler. Omega membentangkan Speedmaster edisi terhad kepada 1,014 utas lalu disertakan dengan jaminan lima tahun. Berikutan rekaan ikonik Speedmaster BA145.022, kronograf baru ini diolah dari aloi emas 18K yang eksklusif dan dikuasakan oleh penggulungan manual Master Chronometer kaliber 3861.

1 of 4

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut