DROP TERBARU KOLEKSI A BATHING APE X ASICS!
Para pecinta sneakers, satu lagi drop paling terbaru perlu anda ambil tahu adalah koleksi kasut A Bathing Ape x Asics. Pada 22 Ogos, kolekis ini sudah mula menjengah di butik online kedua-dua jenama ini. Kasut Asics GEL-1090 yang diperkenalkan pada awal dekad 2000 menjadi pilihan dua jenama ini untuk dilahirkan semula. Diperkasa dengan teknologi pembuatan kasut oleh Asics, permukaannya pula diberi sentuhan unik oleh Bape.
Bape memilih kasut lari GEL-1090 dengan mengindahkan permukaan kasut dengan idea daripadaa Harajuku pada lewat dekad 2000. Ia menggambarkan momen fesyen yang eksentrik. Kasut GEL-1090 yang terkenal dengan perincian cakaran digubah dalam rona terang dan berbalas corak cloud camo yang cukup sinonim buat Bape. Koleksi A Bathing Ape x Asics terus menerajui seni teknologi kusyen, buat pasaran baru dan moden.
Peminat dua jenama ini pasti jatuh hati dengan peletakan logo yang memewahkan kolaborasi kasut ini. Sisi kasut pula ada motif harimau yang memnajdi ikon buat BAPE. Pada lidah kasut disertakan logo Asics Spiral yang diubah seakan bentuk harimau sebagai tanda penghargaannya pada karikatur ikonik Bape. Ini bukanlah kali pertama Bape dan Asics bergabung tenaga. Kali pertama kolaborasi antara mereka adalah pada 2015 buat kasut GEL-Kayano trainers.
PAUTAN BERKENAAN: COACH LANCARKAN “WITH FRIENDS”, DIALOG POSITIF BERSAMA SAHABAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU
Skechers memukau di KLFW 2024 dengan koleksi The UNO Fall/Winter 2024 menandakan pencapaian penting dengan paparan fesyen mengagumkan.
“ROCKNRUN” SENTUHAN BARU CHRISTIAN LOUBOUTIN
Christian Louboutin memperkenalkan sneaker terbaru mereka "ROCKNRUN" yang tampil dengan gaya sporty dan dinamik yang memukau.
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023
Adidas Samba adalah antara trend sneaker yang paling hangat dikalangan lelaki tahun ini. Oleh itu, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 kasut sniker yang paling popular sepanjang tahun 2023.
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Kasut raya adalah antara aksesori dan keperluan seseorang lelaki. Kasut juga memainkan peranan besar bagi menonjolkan lagi kekemasan dan alfanya seorang lelaki untuk raya 2023 ini.
KASUT SNIKER PILIHAN KUMPULAN K-POP, NCT 127
Kumpulan K-Pop popular, NCT 127 dilantik sebagai duta Puma untuk rantau Asia Pasifik dengan pelancaran kasut sniker terbaharu.