EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025
CALVIN KLEIN TERUS MENDEFINISIKAN ULANG WAKTU DENGAN DESAIN YANG BERANI DAN PENGUASAAN DENIM YANG KUAT. MUSIM INI, CALVIN KLEIN MELUNCURKAN KOLEKSI MENAKJUBKAN YANG MEMADUKAN WARISAN DENGAN INOVASI, MENANGKAP ESENSI BERANI DARI TIMELESS DENIM. LEBIH ISTIMEWA LAGI, BINTANG KOREA TERKEMUKA, MINGYU TERPILIH SEBAGAI WAJAH KEMPEN.
Terkenal dengan rekaan estetik minimalis dan effortlessly sleek, Calvin Klein terus menggabungkan kepekaan moden dengan tradisi fesyen Amerika yang ikonik. Koleksi Spring 2025, khususnya, menonjol kerana penciptaan semula yang berani, dan ia tidak akan lengkap tanpa pengaruh bintang global, seperti sensasi K-pop Korea Selatan, Mingyu dari SEVENTEEN, yang bertindak sebagai wajah kempen.
Kempen Spring 2025 diarahkan dan dirakam oleh Leslie Zhang, menyerlahkan gaya klasik denim dan effortless dengan sentuhan yang berani. Dalam visual kempen, personaliti Mingyu yang mudah mesra tampak lebih hidup, dilengkapi dengan gaya terkini Calvin Klein.
Memadankan seluar denim versatil baharu dengan baju T logo ikonik Calvin Klein dan jaket denim, Mingyu memancarkan estetika kasual dan keremajaan jenama itu. Seluar denim potongan 90’s Straight digayakan dalam empat cara yang berbeza, salah satunya menampilkan cetakan monogram CK Allover baharu yang digayakan dengan padanan jaket Trucker ‘90-an mencipta statement yang berani. Sepasang denim hitam digayakan dengan baju T logo Relaxed Archive dan jaket Trucker biru pudar, sepasang denim yang ultra ringan dipadankan dengan baju T Smooth Cotton menawarkan kesesuaian gaya sporty, dan sepasang denim ‘dark wash’ dipadankan dengan tank top klasik serta kemeja diluar untuk nada gaya kasual dan santai.
Koleksi musim bunga 2025 Calvin Klein menampilkan pelbagai potongan yang bergaya dan versatil, menggabungkan kemewahan dengan praktikaliti. Tawaran musim ini kaya dengan elemen kontemporari dengan penghormatan halus kepada estetika vintaj, menjadikannya klasik dan relevan dengan stail semasa.
Salah satu ciri utama koleksi ini adalah fokus pada jahitan tajam. Dari seluar potongan the 90s Straight Jean yang sempurna untuk hari-hari santai, direka dengan straight leg fit dan pinggang bercekak tinggi memberikan paduan gaya versatil. Hadir dalam pelbagai efek, termasuk monogram allover memungkinkan gaya berani, padanan sempurna dengan jaket 90s Allover Monogram Trucker.
DENIM UNTUK GENERASI BAHARU
The Baggy Jean pula memberi kesan klasik denim yang kasual. Siluet untuk menambah dimensi pada penampilan tanpa terlihat berlebihan. Memiliki fit ultra-relaxed, ternyata memberi kesan effortless yang cukup stylish. Diperbuat dengan denim yang boleh regang juga fleksibel dapat mempertegas tampilan lebih rapi dan kekinian. Ada juga jean potongan slim, gaya ideal buat lelaki yang lebih suka gaya yang bersih dan tajam. Jadi, jangan ragu untuk mengeksplorasi trend-trend terkini Calvin Klein dan ciptakan tampilan santai yang tetap ‘fashionable’ dengan mudah.
Salah satu item pilihan GLAM Lelaki ialah Jaket Icon Trucker. Ia merupakan helaian atas utama dalam koleksi Spring 2025, paduan sempurna antara struktur dan keleluasaan. Mudah digayakan dengan apa jua pilihan gaya, dan jaket ini dapat meningkatkan penampilan seseorang.
Mengenai helaian atas pula, rangkaian baju T logo dan monogram dalam variasi potongan direka untuk lelaki moden yang menghargai keselesaan dan keanggunan. Terdapat baju T Smooth Cotton Monogram, baju T Archive Logo Crewneck berpotongan relaxed fit dan baju T Vertical Logo memberikan penampilan yang santai namun elegan, manakala baju T dengan grafik logo besar diinspirasikan dari arkib Calvin Klein menawarkan gaya berani yang sesuai untuk musim bunga kali ini.
Koleksi ini memaparkan perincian inovatif seperti kesan lusuh, jahitan yang berbeza dan grafik logo yang unik, menjadikan setiap potongan baju dan denim sebagai klasik moden.
Artikel berkaitan: 8 STAIL FESYEN AEDY ASHRAF PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS
COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas.
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.