Skip to content

ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL

ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL

Kongsikan artikel ini

Kunci kepada gaya fesyen yang meyakinkan ialah item asas. Seorang lelaki bergaya mestilah mengukuhkan asas gaya mereka dahulu. 

Dalam dunia fesyen lelaki yang semakin bereksperimen, gaya versatil menjadi kunci utama. Lelaki moden tidak lagi bergantung kepada pakaian formal semata-mata, tetapi mencari keseimbangan antara keselesaan dan keanggunan. Tahun 2025 menandakan evolusi gaya yang lebih minimalis, berstruktur, dan beridentiti. Berikut 10 item asas yang wajib ada dalam almari setiap lelaki. Asas kepada gaya yang tidak lapuk dek zaman.

1. Kemeja Putih Berkualiti

item asas lelaki

Kemeja Putih dari Marks & Spencer

Simbol klasik lelaki sejati. Pilih potongan slim fit atau relaxed mengikut bentuk badan. Sesuai untuk mesyuarat penting, temu janji makan malam, atau digayakan santai dengan seluar denim.

2. Blazer Hitam atau Navy

100% wool suit blazer

Blazer Hitam dari Massimo Duti

Pelaburan yang tak pernah rugi. Blazer mampu mengubah gaya kasual menjadi sofistikated dalam sekelip mata. Padankan dengan T-shirt putih dan seluar chino untuk gaya smart casual moden.

3. Seluar Chino Neutral

Seluar Chino dari Uniqlo

Chino berwarna beige, khaki, atau kelabu lembut memberi ruang untuk pelbagai padanan. Ia ringan, selesa dan boleh dibawa dari siang ke malam tanpa perlu tukar gaya.

4. Denim Gelap Berkualiti

Denim dari Levi’s

Denim adalah DNA gaya lelaki. Tahun ini, potongan straight cut dan tapered kembali menjadi kegemaran. Pilih denim tanpa kesan lusuh untuk tampak lebih kemas dan premium. Jaket denim turut menjadi pilihan lelaki penuh gaya pada tahun 2025.

5. T-shirt Asas 

View larger image: Regular Fit T-shirt - Dark blue - Men | H&M MY 2

T-Shirt Asas dari H&M

T-shirt putih, hitam, kelabu dan warna-warna lain adalah asas gaya versatil. Carilah material heavy cotton atau lyocell blend. Ia lebih tahan lama, selesa, dan mengekalkan bentuk walaupun selepas banyak cucian.

6. Jaket Kulit atau Bomber Jacket

Jaket Kulit dari Ralph Lauren

Item wajib untuk aura maskulin. Jaket kulit hitam memberi gaya timeless cool, manakala bomber jacket menawarkan sentuhan kasual dan muda. Sempurna untuk gaya malam di bandar.

7. Kasut Kulit 

Dandydeco patent leather loafers | Christian Louboutin

Kasut Kulit dari Christian Louboutin

Klasik moden yang tak pernah salah. Sesuai dengan apa jua gaya. Dari denim ke sut. Kuncinya: pastikan ia sentiasa bersih dan dalam keadaan baik.

8. Jam Tangan Minimalis

Santos-Dumont watch, image 1

Jam Tangan dari Cartier

Jam tangan bukan sekadar aksesori, tetapi cerminan karakter. Tahun 2025 meraikan reka bentuk minimal dengan sentuhan modern classic. Pilih tali kulit atau besi untuk tampilan elegan.

9. Overcoat atau Jaket Trench Ringan

item asas lelaki

Coat dari Hugo Boss

Untuk lelaki yang gemar gaya berlapis. Potongan panjang memberi siluet tinggi dan kemas, sesuai untuk musim hujan atau perjalanan ke luar negara.

10. Beg Kulit Serbaguna

item asas lelaki

Bag Kulit dari Montblanc

Beg messenger atau tote kulit menjadi keperluan lelaki moden. Ia melengkapkan keseluruhan gaya sambil kekal praktikal untuk ke pejabat atau hujung minggu santai.

Less Is More

Gaya versatil bukan tentang memiliki banyak, tetapi memilih yang tepat. Setiap item dalam senarai ini berfungsi sebagai blok asas untuk membina identiti gaya peribadi. Dengan potongan yang kemas, warna neutral dan material berkualiti, seorang lelaki tidak perlu banyak untuk tampil berkarisma. Mereka hanya perlu tahu siapa diri mereka dan bagaimana mahu mengekspresikannya. Dalam dunia fesyen yang cepat berubah, gaya sejati kekal dan ia bermula dari asas yang kukuh.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA LELAKI MODEN DENGAN LINEN DI CUACA PANAS

Bacaan Lanjut
fesyen musim panas lelaki

FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI

Bacaan Lanjut
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STAIL LELAKI MUSIM PANAS YANG WAJIB DIIKUTI

Bacaan Lanjut
Kardigan

7 CARA GAYA KARDIGAN DI MALAYSIA & KEKAL STAILO

Bacaan Lanjut

GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut