Fantasi Gucci Garden di Pavilion KL
Kini, kita sudah cukup fasih dengan imaginasi pereka Alessandro Michele. Koleksi Gucci RTW Musim Luruh/Sejuk 2016-17 cukup hidup dengan sentuhan aneka era berbeza dipadukan menjadi satu. Yang pasti, cetakan flora dan fauna tampil meriah, mewakili fantasi si pereka yang mengakui cintanya pada ilham vintaj dan romantisme.
Meraikan daya kreativiti pereka ini, Gucci mepersembahkan Gucci Garden, satu instalasi sementara yang dihidupkan haiwan dan serangga eksotik yang menghiasi koleksi Alessandro Michele. Diterbangkan khas dari Itali, instalasi ini akan kekal hanya sehingga Selasa, 18 Oktober 2016 di butik Gucci, Pavilion KL.
Turut dipamerkan semestinya seleksi looks dan aksesori daripada koleksi Gucci Musim Luruh/Sejuk 2016-17.
Jangan lepaskan peluang anda menghayati instalasi penuh fantasi ini! Kunjungi butik Gucci, Pavilion KL sekarang.

Ruang Gucci Garden serba merah jambu dengan aneka haiwan eksotik dan makhluk mitos menghidupkan butik Gucci di Pavilion KL

Rakan-rakan unggas dan rama-rama mempamerkan himpunan aksesori terkini daripada koleksi Gucci Musim Luruh/Sejuk 2016-17

The Scarlet King Snake, ikon yang sudah sinonim dengan imaginasi pereka Alessandro Michele, di Gucci Pavilion KL

Setiap inci instalasi Gucci Garden – termasuk harimau ini – telah diterbangkan khas dari Itali dan akan dipamerkan sehingga Selasa, 18 Oktober sahaja

The three-headed hydra, makhluk mitos yang turut dijadikan motif utama dalam koleksi Gucci FW 2016-17

Lady bugs & lady bags, di Gucci Pavilion KL

Antara seleksi looks daripada Gucci RTW Musim Luruh/Sejuk 2016-17 kini di Gucci, Pavilion KL
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.










