Skip to content

STAIL DEKAD BARU

Kongsikan artikel ini

KOMPILASI LOOK MUSIM BUNGA/PANAS 2020 NYATA MEMBUKA MINDA KAMI, LANTARAN ITU MEMBUAHKAN SATU INSPIRASI DALAM PADA MENYINGGAHI STAIL DEKAD BARU. YAKNI FOKUS PADA SILUET RELAKS. GAYA YANG BERSIFAT LEBIH VERSATIL. NAMUN BERKONSTRUKSI TEGUH. TAKE A LOOK.

 

  1. TRANSISI FLORAL

SEMUANYA DARIPADA GIVENCHY, KACA MATA: GUCCI, AKSESORI LEHER: PRADA

Corak floral biasa berubah gaya, daripada helaian atas kepada seluar panjang kargo yang disaksikan mencetus fenomena baru atas pentas musim bunga 2020. Dilengkapi aspek praktikal yakni komponen poket yang versatil, memberi ruang kepada lelaki masa kini untuk menyatukan praktikaliti dan aspek fesyen. Garapan gaya pengembara moden nyata kelihatan, nilai fesyen yang mengunci keras identiti jenama Givenchy menegapkan artisan fesyen lelaki yang baru. The new smart luxury is here.

 

2. TAILORED SATIN

SUT & KEMEJA SATIN: DIOR MEN, AKSESORI LEHER: PRADA, SUBANG: GIVENCHY

 

Kim Jones merangkap Pengarah Kreatif Dior Men mengubah siluet klasik dan tak berwaktu kepada nada gaya kontemporari dengan menggunakan fabrik satin. Siluet bernada lembut, longgar dan warna pastel ditindih dengan aspek sofistikated bertunjangkan fabrik satin. Biasan klasik terlihat serta elemen edgy juga berpaut. Sut klasik diperbaharui dan menghidupkan konsep ultra-moden terhadap penggayaan lelaki masa kini.

 

3. THE JACKET

JAKET KULIT: ERMENEGILDO ZEGNA XXX, PIN BAJU: PRADA, SUBANG: GIVENCHY

Jaket kulit ini ada biasan gaya retro. Warna jaket yang menonjolkan kontras, disempurnakan dengan reka bentuk yang teguh, namun cukup ringan pabila menyarungnya. Pemilihan warna terang kelihatan seperti pemakainya berani bereksperimen gaya. Usah tertumpu pada jaket kulit warna hitam sahaja. Cuba sesuatu yang baru. Padankan dengan helaian lain untuk menyuntik elemen berani pada penampilan.

 

4. STRUKTUR INOVATIF

BAJU PANAS & SELUAR PENDEK BOXY: BOTTEGA VENETA, TALI PINGGANG: DIOR MEN, SUBANG: GIVENCHY

 

Bottega Veneta mencampurkan identiti uniseks dalam keseluruhan himpunan musim bunga/panas 2020. Stail yang tiada batasan. Lelaki atau perempuan bisa mengadaptasi gaya ini. Look tersebut disaingi stail ringkas yang ada rencah eklektik, ada sentuhan moden dan provokatif yang tersemat. Baju panas ini menampilkan struktur inovatif melalui reka bentuk serta ‘cut out’ pada bahagian bawah lengan,  memastikan karakter si pemakainya terserlah. Estetika kesukanan masih dirayakan, elemen prestasi turut dipamerkan.

 

5. BLOK WARNA

KEMEJA KAPAS & SELUAR: PRADA, BEG MINI: GIVENCHY, SUBANG: GIVENCHY

 

Colour blocking kembali? Maybe! Prada bercanda retrospeksi retro dan stail klasik dengan himpunan kemeja oversized yang digabung padan dengan warna-warna pop serta ‘clean lines’. Turut mengetengahkan elemen seni yang tinggi dengan butiran-butiran seperti ilustrasi seni, yang mana ada terlihat aspek kontemporari. Bagai melangkah masuk ke dalam galeri seni kontemporari yang sarat dengan rekaan berani. Juga menyisip sekali kreativiti dan sentuhan ‘avant garde’ pada perinciannya.

 

By JOHAN KASSIM
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI

Bacaan Lanjut

EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025

Bacaan Lanjut
meerqeen glam lelaki

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN

Bacaan Lanjut

AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY

Bacaan Lanjut