Skip to content

FENDI SUMMER 2021, TAMPILKAN JACKSON WANG & WAJAH BAHARU FF VERTIGO

FENDI SUMMER 2021, TAMPILKAN JACKSON WANG & WAJAH BAHARU FF VERTIGO

Kongsikan artikel ini

JACKSON WANG IS THE NEW COOL! IDENTITI UNIK DAN PUNYA PENGARUH FESYEN YANG KUAT, FENDI MEMUTUSKAN UNTUK MENAMPILKANNYA DALAM KEMPEN FENDI MUSIM PANAS 2021. SENTUHAN BAHARU FF VERTIGO PADA REKAAN SEDIA PAKAI DAN AKSESORI UTAMA MENCEMERLANGKAN LAGI REKAAN MUSIM PANAS KALI INI.

 

FENDI meluncurkan kempen musim panas 2021 sempena pelancaran koleksi kapsul terbaru yang dibintangi duta koleksi lelaki FENDI iaitu Jackson Wang. Untuk koleksi perempuan pula, Junyi terpilih memperagakan rekaan wanita.

Sebahagian daripada koleksi musim panas 2021, FENDI juga menawarkan rekaan-rekaan utama bersama pelukis visual dari New York, Sarah Coleman sebagai tanda hubungan kreatif yang terulung. Sarah Coleman bertanggungjawab menginterpretasikan semula wajah FF Vertigo, memperlihatkan rekaan yang lebih segar dan kekinian. FF Vertigo dicemerlangkan pada beberapa rekaan utama, termasuklah FENDI Pack dan Flat Baguette. 

FF Vertigo berevolusi dengan tafsiran baharu corak logo FF yang ikonik dalam suntingan grafik psychedelic, yang merupakan ilham seni terpenting garapan budaya ‘70-an. Menampilkan visual nyata dalam warna terang dan spektrum penuh lalu membangkitkan inspirasi koleksi FENDI musim panas 2021.

Rekaan sedia pakai dan aksesori yang ditampilkan dalam kempen nyata memikat, juga mengekspresikan erti kemewahan yang baharu. Faktor mewah kekal kelihatan melalui penghasilan kempen dengan suntikan seni psychedelic. 

Kemunculan Jackson Wang dalam kempen, melihatnya menyarung ‘look’ utama dari koleksi dirakam oleh jurugambar, Oliverjune. Set kempen yang diperkayakan dengan warna-warna terang, seperti kuning dan oren dengan sentuhan biru dan hijau, mencerminkan spektrum warna utama rekaan yang terkandung. Bayangan berlibur dan jiwa yang bebas turut dirasai yang sangat akrab dengan gaya hidup semasa. Tambahan lagi, koleksi ini nyata dedikasi musim panas. 

FENDI Jackson Wang

FENDI Jackson Wang

Perihal rekaan sedia pakai pula menggabungkan aspek stail dan kefungsian, seperti yang digayakan Jackson Wang dalam kempen, vest fisherman dipadankan dengan seluar baggy bermotif FF Vertigo, warna klasik FENDI iaitu tobacco dan brown material jacquard yang ternyata ikonik. Gaya kontemporari menjadi rentak koleksi, namun masih menjunjung ilham klasik terlihat pada kesederhanaan butirannya. Pilihan warna yang beragam untuk menonjolkan karakter peribadi.

Aksesori hadir dalam beragam ukuran, warna dan model kulit yang dapat dipilih bertepatan dengan citra diri masing-masing. Melanjutkan ilham ‘outdoor’ dari koleksi ini lagi, FENDI memuatkan rekaan istimewa dan edisi terhad, seperti SUP Board (papan luncur) dan kamera vintaj Polaroid OneStep Close-Up 600, kolaborasi bersama Polaroid. Menghangatkan stail musim panas kali ini. 

Artikel berkaitan: LVxNBA, LOUIS VUITTON REALISASI PROJEK BERSAMA NBA

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
THE 'QUIET LUXURY' EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

Bacaan Lanjut

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI MATTHEW WILSON UNTUK OAKLEY KE JOHN GALLIANO KE ZARA

5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA

Bacaan Lanjut