Skip to content

MILES TELLER DISERANG KETIKA BERCUTI DI HAWAII

MILES TELLER DISERANG KETIKA BERCUTI DI HAWAII

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Pelakon Flag Day, Miles Teller dikatakan diserang dua lelaki tidak dikenali ketika bercuti bersama isterinya, Keleigh Sperry di Maui, Hawaii.

Beberapa hari lalu, TMZ melaporkan Miles ditumbuk di bahagian wajah namun jelas isterinya menerusi satu hantaran di media sosial, kenyataan tersebut tidak benar.

“Artikel daripada TMZ yang menyatakan bahawa Miles ditumbuk di muka disebabkan isu duit tidak benar sama sekali,” tulis Keleigh menerusi Instagram Story.

“Miles diserang oleh dua lelaki tidak dikenali selepas mereka mengurungnya di dalam bilik air. Ternyata penjenayah ini telah melakukan serangan terhadap ramai orang dan kami hargai sokongan anda, Maui. Ia kini di bawah siasatan jenayah.”

Kenyataan Keleigh itu dikongsi semula oleh pelakon Shailene Woodley yang turut bercuti bersama pasangan itu di samping tunangnya, Aaron Rodgers.

 

Foto: Reliableuk

1 of 2