FESYEN SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH MTV VMA 2024
MTV Video Music Awards (VMA) 2024 yang diadakan di UBS Arena di Elmont, New York berlangsung dengan begitu meriah.
Dihoskan oleh Megan Thee Stallion, MTV VMA 2024 menyaksikan menyaksikan Taylor Swift mendominasi kemenangan dengan membawa pulang tujuh trofi daripada 12 pencalonan. Antaranya Artist Of The Year dan Song Of Summer.
Acara malam itu dimeriahkan dengan persembahan hebat lagi bertenaga daripada bakat-bakat besar. Ini termasuk LL Cool, Eminem, Shawn Mendes, Katy Perry, Camila Cabello dan Halsey.
Selain barisan pemenang dan persembahan, turut mencuri tumpuan tentunya penampilan selebriti dalam persalinan memukau mata.
Semak gaya bintang lelaki yang menjadi perhatian di MTV VMA 2024
Ketampanan Orlando Bloom menyerlah dalam sut serba hitam Celine Homme.
Benson Boone menggayakan celana dan baju jarang daripada Dolce & Gabbana.
Trillian Wood-Smith segak dalam persalinan kelabu manakala Busta Rhymes bergaya dalam persalinan biru Louis Vuitton.
Big Sean menyarung persalinan biru kelasi rekaan Antos ke MTV VMA 2024.
Lil Nas X tidak pernah gagal mencuri perhatian di acara berprestij. Kali ini dia memilih gaya sporty gabungan rona putih dan merah jambu.
Sama seperti Orlando Bloom, Shawn Mendes kelihatan lebih matang dan kacak dalam sut serba hitam Dolce & Gabbana.
French Montana tampil berani dengan menggayakan sut hitam Alexander McQueen yang dihiasi motif flora rona merah.
Shaboozey memadankan kemeja lengkap tali leher bersama celana denim. Cermin mata hitam menyempurnakan gayanya.
Quavo menambah seri pada persalinan serba hitam dengan menggayakan aksesori perak berkilauan.
Damiano David menampilkan gaya segak klasik dalam sut serba coklat rekaan Etro.
Imej rock dan Lenny Kravitz tidak pernah berpisah walau di apa acara sekali pun!
Pautan berkaitan: GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN GLADIATOR II
Kota London hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Gladiator II. Tinjau gaya pilihan mereka.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WICKED
Los Angeles hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Wicked. Tinjau gaya pilihan mereka.
MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
Shawn Mendes, Taika Waititi dan Aaron Taylor-Johnson antara yang hadir memeriahkan acara MTV EMA 2024.
25 FESYEN GLAMOR SELEBRITI DI LACMA ART+FILM GALA 2024
Acara yang dihoskan oleh Leonardo DiCaprio dan pemegang amanah LACMA, Eva Chow meriah dengan kehadiran bintang ternama dalam persalinan memukau mata.
30 FESYEN ‘GLAMOR NEW YORK’ DI KARPET MERAH CFDA AWARDS 2024
Stail terbaik di CFDA Awards bukan hanya berkisar tentang selebriti yang menggayakannya. Pada karpet merah acara yang berlangsung di New York City baru-baru ini, bakat-bakat besar di sebalik setiap rekaan dan jahitan turut diraikan.
FESYEN LELAKI PALING MENCURI PERHATIAN DI TIME100 NEXT GALA 2024
Selain acara itu sendiri, turut mencuri tumpuan tentunya momen fesyen selebriti di karpet merah.