GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024
Acara berprestij, Breakthrough Prize Awards atau digelar ‘Oscars of Science’ berlangsung meriah di Academy Museum of Motion Pictures, Los Angeles dengan kehadiran selebriti dan tokoh ternama.
Majlis anugerah tahunan yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg, Sergey Brin dan Anne Wojcicki pada 2012 ini meraikan pencapaian saintis terkenal dari seluruh dunia. Bukan itu saja, mereka juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM15 juta.
Pemenang pada acara tahun ini termasuk Carl H. June, yang membangunkan rawatan imunoterapi di mana ‘sel T pesakit diubah suai untuk menyasar dan membunuh sel kanser’, menurut bionya di laman sesawang Breakthrough Prize Awards.
Majlis anugerah itu juga membuka peluang kepada barisan tokoh teknologi dan sains terhebat untuk bergaul dengan golongan elit Hollywood. Tahun ini, bintang seperti Kim Kardashian dan Alicia Keys berjalan di karpet merah bersama-sama Elon Musk dan Bill Gates.
Lihat gaya beberapa tetamu terkenal di Breakthrough Prize Awards 2024
Elon Musk segak dalam tuksedo klasik rona hitam lengkap dengan tali leher kupu-kupu.
Jessica Chastain mencuri perhatian dalam jumpsut sarat labuci rona ungu daripada Elie Saab.
Pilihan selamat! Katy Perry dan Orlando Bloom tampil sedondon dalam persalinan rona hitam.
Michelle Yeoh menggayakan sut putih Tom Ford bersama beg tangan kristal Balenciaga.
Alicia Keys persis dewi dalam gaun asimetri emas berinspirasikan Greece daripada Ralph Lauren.
Robert Downey Jr muncul di karpet merah dalam sut segak rona kelabu di samping isterinya Susan Downey.
Kim Kardashian memukau dalam gaun putih dengan cutout seksi rekaan Alaia.
Seperti biasa, Bradley Cooper memilih gaya tipikal karpet merah iaitu sut klasik.
Sama seperti pasangan Katy Perry dan Orlando Bloom, Zoe Saldana dan suaminya Marco Perego turut menggayakan persalinan berwarna hitam.
Begitu juga dengan pasangan penyanyi dan model popular, Adam Levine dan Behati Prinsloo.
Bintang tenis Rusia, Maria Sharapova anggun dalam gaun bertutup penuh rona perak berkilauan.
Margot Robbie kelihatan ringkas dalam gaun hitam Rick Owens daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2024.
Charlie Puth menampilkan gaya smart kasual kala hadir bersama tunangnya Brooke Sansone.
Olivia Wilde tampil berani di karpet merah dalam gaun yang kelihatan sopan dari pandangan depan, namun seksi dan mencuri perhatian dari sudut tepi.
Bill Gates dan teman wanitanya Paula Hurd sepakat memilih tema hitam ke Breakthrough Prize Awards.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN SELEBRITI DI COACHELLA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN GLADIATOR II
Kota London hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Gladiator II. Tinjau gaya pilihan mereka.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WICKED
Los Angeles hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Wicked. Tinjau gaya pilihan mereka.
MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
Shawn Mendes, Taika Waititi dan Aaron Taylor-Johnson antara yang hadir memeriahkan acara MTV EMA 2024.
25 FESYEN GLAMOR SELEBRITI DI LACMA ART+FILM GALA 2024
Acara yang dihoskan oleh Leonardo DiCaprio dan pemegang amanah LACMA, Eva Chow meriah dengan kehadiran bintang ternama dalam persalinan memukau mata.
30 FESYEN ‘GLAMOR NEW YORK’ DI KARPET MERAH CFDA AWARDS 2024
Stail terbaik di CFDA Awards bukan hanya berkisar tentang selebriti yang menggayakannya. Pada karpet merah acara yang berlangsung di New York City baru-baru ini, bakat-bakat besar di sebalik setiap rekaan dan jahitan turut diraikan.
FESYEN LELAKI PALING MENCURI PERHATIAN DI TIME100 NEXT GALA 2024
Selain acara itu sendiri, turut mencuri tumpuan tentunya momen fesyen selebriti di karpet merah.