GAYA SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBES 2025
Acara gemilang Golden Globes 2025 dipenuhi dengan gaya selebriti di karpet merah yang tidak pernah sesekali mengecewakan.
Malam berprestij Golden Globes yang ke 82 ini telah tiba malam tadi, bertempat di Los Angeles, California. Dihadiri oleh selebriti-selebriti yang diraikan sempena pencapaian terbaik mereka dalam filem dan televisyen tahun ini. Dihoskan oleh pelawak Nikki Glaser, Golden Globes 2025 menghimpunkan pencalonan utama seperti Emilia Pérez, Anora, The Substance, Challengers, Babygirl, dan Wicked. Rancangan televisyen seperti The Diplomat, Shogun, The Bear, dan Hacks juga bersaing dengan sengit dalam kategori masing-masing. Acara ini dimulakan dengan acara yang ditunggu-tunggu, karpet merah. Menampilkan selebriti terkenal dari seluruh dunia, gaya-gaya mereka tidak pernah mengecewakan. GLAM Lelaki akan senaraikan gaya selebriti lelaki yang membuat kemunculan di acara karpet merah Golden Globes 2025.
#1 Andrew Garfield
Hadir sebagai penyampai anugerah Golden Globes 2025, Andrew Garfield tampil segak bersama sut dari Gucci dan jam tangan dari Jaeger-LeCoultre.
#2 Tyler James William

#3 Hwang Dong-hyuk

Pengarah siri terkenal Squid Game, Hwang Dong-hyuk tampil segak dihiasi sut hitam dari Gucci di acara karpet merah Golden Globes 2025.
#4 Cooper Koch

Bersama pencalonan Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki di Golden Globes 2025, Cooper Koch tampil di karpet merah dengan sut Armani dan barang kemas dari Tiffany & Co.
#5 Andrew Scott

Tampil dengan penuh berani di dalam sut berona biru muda yang direka oleh Vivienne Westwood, Andre Scott mewarnai karpet merah malm itu.
#6 Adam Brody

Pelakon Adam Brody penuh gaya dengan sut berona hijau yang direka oleh Prada.
#7 Nicholas Alexander Chavez

Pelakon utama siri Netflix Monsters, Nicholas Alexander Chavez muncul di karpet merah bersama sut berona burgundy dari Versace dan barang kemas dari Cartier.
#8 Jack Lowden

Pelakon dari Scottland, Jack Lowden menggayakan tuksedo biru gelap dan kerongsang dari Dior. Lowden juga menggayakan jam tangan dari Omega sempena malam bersejarah itu.
#9 Tyler James William

Sut menghiasi siluet Tyler James William yang direka oleh Dolce & Gabbana dan dipadankan bersama aksesori dari Anita Ko.
#10 Glen Powell

Glen Powell digayakan dengan sut kustom dari Giorgio Armani dan sepasang cermin mata hitam dari Oliver Peoples.
Pautan Berkaitan: TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 KOSTUM HALLOWEEN IKONIK SELEBRITI LELAKI SEMPENA HARI HALLOWEEN!
Musim Halloween seringkali diserang dengan kostum-kostum ikonik dari selebriti lelaki seluruh dunia, dengan oenuh gaya.
6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI
Khusus selebriti lelaki yang masih kurang pasti untuk mendapatkan hairstylists yang sesuai, rujuklah enam nama hairstylists berikut.
MACAM KEMBAR! SELEBRITI LELAKI BERSAMA ANAK LELAKI YANG WAJAHNYA SALING TAK TUMPAH
Wajah saling tak tumpah! Ini selebriti lelaki dan anak lelaki mereka yang seiras seperti kembar. Siapa paling mirip? Jom lihat senarainya.
SENARAI PENUH PEMENANG GOLDEN GLOBES 2025
Golden Globes 2025 memberi penghormatan kepada persembahan filem dan rancangan televisyen terbaik sepanjang 2024. Siapakah yang membawa pulang trofi kemenangan pada tahun ini?
EMILIA PÉREZ & THE BEAR MENDOMINASI PENCALONAN GOLDEN GLOBES 2025
Ketahui siapakah barisan calon yang bertanding dan bakal membawa pulang trofi kemenangan tahun ini.
MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024
Anugerah berprestij Golden Globes kini kembali buat kali ke-81 yang berlangsung di Beverly Hills, California dan menawarkan peluang kepada bintang-bintang Hollywood untuk menggayakan penampilan mereka sehingga menjadi tumpuan dunia fesyen.












