Skip to content

GEROBOK DIOR ESSENTIALS

Kongsikan artikel ini

Pada awal 2000-an dulu, buat pertama kalinya jenama Dior Homme merevolusikan landskap fesyen lelaki. Ketika itu, di bawah arahan pengarah artistik, Hedi Slimane, rumah fesyen Peranchis ini berjaya merubah selera fesyen lelaki yang cenderung pada siluet longgar dan relaks kepada siluet yang lebih kurus dan tajam. Malah, trend skinny jeans, yang masih mekar di era ini, bertitik tolak dari Dior Homme.

Gaya streetwear Dior Essentials berasaskan denim dan jaket puffer.

Siapa sangka, hampir 20 tahun kemudian, rumah fesyen ini tampil sekali lagi sebagai peneraju fesyen lelaki dunia. Kini beroperasi di bawah bimbingan pengarah artistik, Kim Jones, dan tampil dengan penjenamaan baru, yakni Dior Men, Dior sekali lagi bangkit sebagai titik rujukan utama untuk aliran trend semasa fesyen lelaki. Lantas mencetus revolusi baru. Di kala senario fesyen terlalu asyik dengan pesona athleisure dan sportswear, Dior Men mengembalikan apresiasi fesyen lelaki pada tailoring dan estetika sut, yang diperbaharui dengan potongan, tata gaya dan material yang lebih segar dan imaginatif.

 

KOLEKSI DIOR ESSENTIALS, DIOR MEN

2 of 11

2 of 11

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut