GIORGIO ARMANI AUTUMN/WINTER 2017-2018
Usia tidak mengehadkan inovasi. Kini di umur 82 tahun, pereka Giorgio Armani, maestro sut lelaki urban, masih mampu menjana idea-idea baru biarpun sudah lebih 40 tahun mengemudi hala tuju jenamanya di pentas fesyen global.

Giorgio Armani, Musim Luruh Sejuk 2017-18
Untuk musim luruh dingin 2017, hampir 100 looks Giorgio Armani diperagakan di pentas Minggu Fesyen Milan. Berpaksikan signature si pereka, yang menjulang siluet jaket lembut dengan keselesaan seluar berlisu, Armani menghidupkan semula acuan gaya maskulin elegan era ’80-an dalam versi lebih menepati alaf baru.
Antara inovasi unik hadir dalam bentuk ‘sleeve scarves’, yakni skarf lilit yang boleh disarungkan ke dalam tangan seperti lengan baju, digarapkan dalam material fur dan knit bertekstur. Stail 3-piece suit diperbaharui dengan menggantikan waistcoat dengan hoodie untuk penampilan lebih muda, atau sporty chic. Item wajib-milik lelaki moden, jaket bomber, turut diubahsuai agar tampak lebih sartorial dan versatil.
Koleksi musim luruh dingin ini juga memberi fokus pada eksplorasi tekstur, melalui pilihan fabrik seperti marled wool dan paduan bulu kait berpetak. Proses inovasi tekstil diaplikasikan untuk mencipta efek 3D pada olahan corak. Material Neoprene diperbaharui dengan satu proses pengelompokan untuk menghasil tekstur seakan-akan baldu.
Himpunan aksesori seperti beg dan kasut menampakkan pertemuan antara gaya formal dengan stail yang lebih aktif, dengan hiking boots dikemaskan dalam kulit mewah misalnya, dan slip-ons baldu dalam rekaan mendekati gaya sporty. Idea fusion sebegini – yang lama bertemu yang baru, yang kasar bertemu yang lembut, yang kasual bertemu yang formal – membentuk kod gaya baru Giorgio Armani untuk lelaki alfa alaf baru.
[/tps_header]Giorgio Armani, Autumn/Winter 2017. Gambar ihsan Giorgio Armani.

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











