Skip to content

PESONA SIRI AIKON MAURICE LACROIX

Kongsikan artikel ini

Sejak dahulu lagi, Maurice Lacroix sudah berada di hadapan dalam liga jam tangan yang mengalunkan kreativiti dalam teknologi terkini. Di Baselworld 2017 yang berlangsung baru-baru ini, jenama unggul ini tidak ketinggalan menyerlahkan penjenamaan dengan siri Aikon yang ditayangkan khas kepada semua pencinta jam tangan, untuk lelaki khususnya. Namun, ada dua utas yang benar-benar menarik perhatian. Antaranya:

1. AIKON GENTS 42MM  

Berdiameter 42 mm dengan kristal nilam yang rata, jam tangan ini mempertontonkan dail antrasit yang memaparkan perincian rhodium yang memyerlahkan wajah depan ruangan dail jam tangan ini, di samping tali berkeluli tahan karat memperkasakan intuisi dan komplikasi jam. Walau ianya edisi baru, elemen ikonik Aikon tetap terpelihara. Berlatar garisan mendatar mengembangkan dial dengan enam lengan memperkasakan bezel sekitar muka depan, menjadikan ia beridentiti sendiri dan semestinya istimewa.

2. AIKON CHRONO 44MM

AIKON Chrono dengan 44mm diameter ini menawarkan sentuhan luar biasa pada pergelangan tangan saat ia dipakai, mempamerkan persona yang kuat lagi berkeyakinan. Persis jam tangan AIKON yang lain, dengan reka bentuk kes yang menawan, dilengkapi komplikasi randikal yang mudah, bercirikan jam tangan Savoir-faire dari Switzerland serta kepakaran dalam mereka bentuk dengan ciri-ciri unik, jam tangan ini terbukti sesuai buat mereka yang ingin kekal di hadapan dengan kelebihan detik masa yang menjadi penentu pada kejayaan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 September 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

Bacaan Lanjut

FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS

Bacaan Lanjut
BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut

RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut