GL RAYA 2026: COACH SAMBUT MUSIM RAYA DENGAN KOLEKSI IKONIK
Coach hadir dengan koleksi penuh ikonik dan fesyen, istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang bulan ini.
Sempena kedatangan musim perayaan Aidilfitri yang penuh bermakna, Coach mempersembahkan pilihan koleksi istimewa. Koleksi ini menggabungkan rekaan ikonik moden dengan sentuhan perayaan. Ia direka untuk melengkapkan setiap momen Raya. Sambil itu, menampilkan siluet klasik yang kekal relevan bersama perincian segar yang meraikan kemeriahan musim perayaan.
Koleksi Ramadan Capsule yang Memukau
Bagi mereka yang ingin tampil menyerlah sepanjang musim perayaan, Coach memperkenalkan Kapsul Ramadan 2026. Koleksi eksklusif ini menampilkan kemasan yang menonjol serta perkakasan (hardware) yang menarik perhatian. Setiap rekaan dalam koleksi ini direka sebagai sentuhan terakhir yang mampu menaikkan gaya pemakai. Sama ada untuk majlis berbuka puasa, rumah terbuka, mahupun kunjungan Aidilfitri.


Langkah Bergaya dengan Pilihan Kasut Coach
Musim Raya juga merupakan masa untuk tampil penuh keyakinan. Coach menawarkan pelbagai pilihan kasut yang sesuai untuk pelbagai gaya dan acara. Daripada sneakers yang versatil untuk gaya kasual hingga sandal elegan yang melengkapkan penampilan lebih formal, setiap rekaan memberikan keseimbangan antara keselesaan dan gaya.


Keperluan Raya untuk Lelaki
Coach turut menampilkan koleksi khas untuk lelaki yang menggabungkan gaya kemas tetapi santai. Pilihan aksesori dan barangan fungsional ini sesuai dipadankan dengan pakaian tradisional seperti baju Melayu, mahupun gaya kontemporari yang lebih moden.



Pengalaman Gachapon Eksklusif di Kedai
Bagi memeriahkan lagi musim perayaan, Coach akan memperkenalkan pengalaman Gachapon eksklusif di kedai-kedai runcit terpilih di seluruh negara. Melalui pengalaman ini, pelanggan berpeluang membuka kapsul hadiah untuk memenangi pelbagai ganjaran istimewa dalam tempoh terhad bermula sekarang sehingga 22 Mac 2026. Selain itu, dalam semangat Aidilfitri, pelanggan juga boleh menebus sampul Raya Coach eksklusif dengan setiap pembelian, selagi stok masih ada.
Dengan gabungan gaya moden, rekaan ikonik dan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan, Coach terus membawa sentuhan istimewa kepada sambutan Raya tahun ini.
Pautan berkaitan: GL RAYA 2026: INSPIRASI LOOK RAYA BUAT ISTERI MENGIKUT PEMPENGARUH DI MALAYSIA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.
THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH
Coach hadir dengan kempen musim cuti penuh istimewa, The Gift for New Adventures dan menampilkan barisan duta jenama mereka.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.











