Skip to content

HAUS NOWHERE BANGKOK KINI DIBUKA DI ICONSIAM

HAUS NOWHERE BANGKOK KINI DIBUKA DI ICONSIAM

Kongsikan artikel ini

Haus Nowhere Bangkok kini berada di Iconsiam dengan kehadiran Felix Stray Kids, Bright, Win, Orm dan Fourth di hari pembukaan.

HAUS NOWHERE Bangkok kini secara rasmi dibuka di Iconsiam, menandakan butik ketiga Gentle Monster dan butik pertama Tamburins di Bangkok. Selepas kejayaan di Seoul, Shanghai dan Shenzhen, projek HAUS NOWHERE tampil sebagai ruang runcit eksperimental yang mencabar definisi konvensional butik fesyen, menawarkan pengalaman yang lebih artistik dan imersif. HAUS NOWHERE turut diperkenalkan oleh Gentle Monster.

haus nowhere bangkok

haus nowhere bangkok

Gentle Monster Bangkok

Menariknya, ini merupakan butik dua tingkat pertama Gentle Monster di Bangkok.  Kali ini, aras bawah dikongsi bersama Tamburins. Ruang baharu Gentle Monster direka untuk merangsang deria. Ia membawa pengunjung menyelami eksplorasi psikologi manusia melalui suasana yang unik dan penuh imaginasi. Kehadiran dua objek gergasi surreal menjadi elemen utama kedai ini.  Ia mencerminkan identiti Gentle Monster yang sentiasa berevolusi — terasa pada masa yang sama familiar namun mengundang rasa pelik dan misteri.

haus nowhere bangkok

Tamburins Bangkok

Sementara itu, butik Tamburins menyambut pengunjung dengan instalasi ikonik bernama Sunshine, seekor dachshund sepanjang 13 meter. Dihasilkan oleh makmal dalaman IICOMBINED, instalasi ini menggabungkan teknologi animatronik canggih dengan ketukangan hiper-realistis. Ini termasuk pergerakan otot dan pernafasan yang halus. Tekstur bulu sintetiknya yang lembut menambahkan ilusi seolah-olah berdepan dengan anjing sebenar. Sunshine pertama kali diperkenalkan di Haus Nowhere Seoul pada September 2025. Kini, versi di Bangkok ini merupakan yang kedua daripada hanya dua instalasi seumpamanya di dunia.

haus nowhere bangkok

Di samping instalasi tersebut, SUNSHINE AI Photo Booth menawarkan pengalaman interaktif yang menyeronokkan. Pengunjung boleh mengambil gambar dan sistem AI akan menghasilkan imej Sunshine yang mengenakan pakaian sama seperti mereka, mencipta momen ‘kembar gaya’ yang unik. Gambar dan video boleh dimuat turun melalui kod QR, menjadikannya pengalaman eksklusif di pop-up Sunshine.

Majlis pembukaan rasmi HAUS NOWHERE Bangkok pada 8 Disember lalu turut dimeriahkan dengan kehadiran Felix daripada Stray Kids, serta selebriti popular Bright, Win, Fourth dan Orm. Bermula 10 Disember, butik ini dibuka kepada orang ramai di aras utama dan aras satu Iconsiam. Selain itu, pelanggan yang berbelanja melebihi 2,000 baht akan menerima gantungan kunci anjing edisi eksklusif Thailand bersama minyak wangi Sunshine 2ml, berbeza daripada versi biru yang dijual di Korea. Tamburins Iconsiam juga memperkenalkan minyak wangi edisi terhad eksklusif Thailand dalam bentuk botol telur.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SPOT HANGOUT PILIHAN GEN Z PADA TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA

HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN

10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN

Bacaan Lanjut
LELAKI ASIA PARIS FASHION WEEK SS26

BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025

9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF

Bacaan Lanjut