H&M DENGAN RABANNE UMUM KERJASAMA CIPTA HELAIAN INSPIRASI DISKO 70-AN
Khabar angin itu benar! H&M bekerjasama dengan Rabanne untuk mengeluarkan koleksi yang meraikan glamour yang bersahaja sesuai untuk lelaki mahupun wanita!
H&M x Rabanne ini bermain dengan inspirasi disko carefree era 70-an malah membawa sentuhan romantis yang penuh glamor. Paco Rabanne, sebagai peneraju dalam seni fesyen Perancis antara wajah yang cukup memorable malah karyanya juga menggamit peminat tersendiri sejak 1966.
KOLEKSI H&M X RABANNE
Selepas berbulan-bulan khabar angin dan penantian, kerjasama H&M x Rabanne H&M diumumkan semasa minggu fesyen Paris baru-baru ini di acara glamor di Paris di kelab malam Silencio. Tetamu yang diundang termasuk Jared Leto, Cher, Irina Shayk, dan Elle Fanning diberikan previu eksklusif koleksi sebelum pelancaran secara global.
Malah acara juga dimeriahkan dengan persembahan ekslusif oleh ikon pop Robyn dan DJ, Peggy Gou. Selain itu, tetamu istimewa seperti Iris Law, Ashley Graham, Rianne Van Rompaey dan Issa Perica turut berpeluang untuk mengenakan sendiri koleksi baru H&M Rabanne.

Dari kiri: Jared Leto, Elle Fanning, Cher
Rabanne terus membawa idea provokatif dan tidak dijangka ke dalam persada fesyen dan ini boleh dilihat dalam koleksi kerjasama bersama H&M. Julien Dossena, pengarah kreatif Rabanne, terus mempertahankan reputasi jenama ini dengan mengangkat ketepatan artisanal dan pendekatan dinamik.
Malah Julien Dossena juga membayangkan semula Rabanne untuk generasi baharu sambil mencedok inspirasi daripada look ikonik masa lalu. Hasilnya koleksi H&M x Rabanne yang lebih mudah diakses tanpa menjejaskan kualiti atau kreativiti.
Peminat jenama Rabanne akan melihat koleksi yang menangkat kemewahan metalik dalam nafas baru. Antara helaian yang ada termasuk gaun sifon yang dihiasi dengan kristal, kemeja poplin dengan perincian broderie anglaise dan lengan berlipat besar, gaun potongan jacquard bermotif bunga, pakaian luar bulu berstruktur, serta helaian dalam cetakan harimau.
“Sebagai seorang pereka, saya sentiasa berminat untuk meneroka “hedonism dan empowerment”. Saya sangat bersemangat untuk bekerja dengan H&M dalam koleksi yang akan memperkenalkan tenaga avant-garde Rabanne kepada khalayak yang lebih luas dengan cara yang demokratik,” jelas Julien Dossena.
“Metallic dress dari Rabanne adalah potongan-potongan sejarah fesyen yang segera dikenali. Kami sangat gembira untuk membawa pelbagai rekaan Rabanne yang memukau kepada pelanggan kami melalui kerjasama sensasi ini,” kata Ann-Sofie Johansson, Ketua Rekaan Pakaian Wanita dan Penasihat Kreatif di H&M.
Koleksi ini termasuk pakaian wanita, pakaian lelaki, kasut, aksesori, serta dekorasi rumah yang melengkapi koleksi fesyen ini.

Dari kiri: Tyga, Irina Shayk, Iris Law
TENTANG KERJASAMA PEREKA H&M
H&M adalah salah satu peneraju awal dalam ruang collaborative fashion, melancarkan siri kerjasama pereka bersama Karl Lagerfeld pada November 2004.
Sejak itu, jenama ini telah kerjasama dengan beberapa nama terbesar dalam industri fesyen, termasuk Versace, Comme des Garçons, Balmain, Maison Margiela, Stella McCartney, dan yang paling baru, Mugler.
Kerjasama ini adalah untuk menawarkan koleksi terhad yang menjadikan fesyen bertaraf tinggi dan lebih mudah diakses.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba sendiri koleksi H&M x Rabanne, ia akan dilancarkan di kedai-kedai terpilih dan dalam talian di hm.com bermula 9 November 2023.
Artikel berkaitan : 5 Koleksi H&M Innovation Story Pilihan Glam Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI
Sorotan fesyen terbaik dari malam GLAM Lelaki Reset.
HUN HAQEEM VS IKMAL AMRY DI FURY CHAMPIONSHIP
Pertarungan paling dinanti-nantikan telah tiba! Hun Haqeem dan Ikmal Amry tampil luar biasa dalam Fury Championship 2025.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI
Akmal Hizzat selalu mereka ‘content’ bersama isterinya, Fatin Noraishah. GLAM Lelaki cuba mengenali Akmal Hizzat dengan lebih dekat.