Skip to content

IDENTITI & TRADISI TIDAK TERUSIK. INI 5 JENAMA BAJU MELAYU 2019 PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini
3 of 6

KEEK COLLECTION – DARI TRADISI TURUN KE HATI

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang diri anda?

FERDAUS DIN: Terima kasih kepada penulis, Wan Firdaus kerana sudi menampilkan koleksi saya. Baiklah, nama penuh saya Mohd Ferdaus Din, dan lebih mesra Edy Ferdaus. Berumur 27 tahun, anak ketujuh daripada sembilan adik beradik. Pernah berkhidmat sebagai guru pemulihan khas sekolah rendah di Johor dari 2016 dan baru sahaja meletak jawatan pada 1 Mac 2019. Seorang yang sangat simple dan mudah mesra, malah sangat gemar berniaga sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Ferdaus Din, Pengasas KEEK Collections

GLAM Lelaki: GLAM Lelaki: Kongsikan idea di sebalik lahirnya jenama baju melayu anda ini? Kenapa baju melayu?

FERDAUS DIN: Idea untuk menghasilkan produk baju melayu ini datang dari ibu saya sendiri, Rahani Majid yang merupakan tukang jahit yang belajar menjahit daripada pengalaman, tanpa sebarang kelas khas atau kursus menjahit. Setiap kali musim perayaan, memang ibu sendiri yang akan jahit baju raya saya, malah kurang geram membeli di kedai yang kebiasaan potongannya besar. Kenapa baju melayu? Mungkin saya merasa kurang senang melihat lelaki yang mempunyai penampilan menarik tapi meyarung baju yang tak kena pada badan (maksudnya terlalu besar dan nampak selekeh) terutamanya pada pagi hari raya yang sepatutnya kita tampil sangat kemas dan cantik.

GLAM Lelaki: Inspirasi dan identiti koleksi ini di mata anda?

FERDAUS DIN: Identiti tersendiri Baju Melayu Keek semestinya terletak pada potongan slimfit nya yang saya sendiri kaji, ukur dan menhasilkan prototaip bersama ibu saya sendiri sejak 2016 lagi. Tahun demi tahun penambahbaikan yang saya buat dari segi pembungkusan, label, tambahan komponen mesra pelanggan seperti zip wuduk di lengan, span bahu untuk nampak legih tegap dan semestinya identiti asal Keek zip sisi kiri dan kanan baju.

GLAM Lelaki: Keistimewaan koleksi baju melayu ini berbanding jenama-jenama lain di luar sana?

FERDAUS DIN: Keistimewaan baju melayu kami berbanding jenama lain mungkin dalam aspek pemilihan material. Saya lebih gemar memilih material yang saya sendiri selesa untuk nampak tegap. Oleh itu Keek memilih untuk mengimport material daripada luar negara dan dijahit di Malaysia. Memandangkan Keek bukan sahaja jenama baju untuk musim perayaan, KEEK juga sudah banyak memberikan senyuman kepada pasangan pengantin yang melangsungkan majlis khususnya majlis akad nikah dengan busana yang cantik di hari berbahagia mereka. Keek bukan jenama yang tenggelam timbul di musim perayaan, malah Keek adalah jenama yang sentiasa cuba untuk memenuhi permintaan pelanggan.

GLAM Lelaki: Harapan anda pada koleksi ini?

FERDAUS DIN: Harapan saya AGAR jenama KEEK dikenali dan diterima baik oleh seluruh masyarakat tanpa mengira golongan. Perancangan KEEK untuk tahun-tahun akan datang adalah menjadi satu jenama busana perayaan dan perkahwinan yang relevan. Buat mereka yang ingin mendapat baju Keek, anda boleh datang ke butik kami di Shah Alam, atau ikuti perkembangan kami di Instagram @keek_collection dan Facebook KEEK Collection Boutique. Terima kasih.

3 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

erra fazira nikah

KENALI ANAK GENIUS ENGKU ALEESYA, ANAK KEPADA PRIMADONA PERFILEMAN MELAYU, ERRA FAZIRA

Bacaan Lanjut
FILEM IKONIK LAKONAN PRIMADONA MALAYSIA, ERRA FAZIRA

FILEM IKONIK LAKONAN PRIMADONA MALAYSIA, ERRA FAZIRA

Bacaan Lanjut
erra fazira nikah

ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN

Bacaan Lanjut
KENALI DR ZAMIR HILMAN HAMZAH, SUAMI KEPADA SISSY IMANN

KENALI DR ZAMIR HILMAN HAMZAH, SUAMI KEPADA SISSY IMANN

Bacaan Lanjut

KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA

Bacaan Lanjut
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut