Ikonik: Irama Dan Gaya Prince
April 22, 2016
Maestro muzik. Ikon stail. Seniman glam tiada bandingan.
Tanpa diduga, artis eksentrik Prince, 57, telah meninggal dunia di Paisley Park Studios semalam. Berita amat mengejutkan ini bagai sukar untuk diterima oleh peminat dan rakan-rakan pemuzik. Apatah lagi tatkala ramai yang masih berkabung akan pemergian David Bowie Januari lepas.
Dalam dunia pop dan rock, Prince – bersama Michael Jackson dan Madonna – berada dalam kelas tersendiri. Legenda moden yang telah merevolusikan landskap musik, baik dari segi bunyi, visual mahupun provokasi, sepanjang era ’80-an. They were pop royalty, the biggest stars in the world! Dan pengaruh mereka bergema hingga ke hari ini.
Irama muzik eklektik Prince berakarkan the Minnessota sound, paduan pelbagai genre pop, rock, funk, R&B, hip hop, juga disko dan jazz. Lagu-lagu seperti Raspberry Beret, When Doves Cry, The Most Beautiful Girl in the World dan 1999 merupakan lagu klasik moden yang masih menyengat hari ini. Sudah tentu, rasa pilu mengiringi penghayatan lagu-lagu ini sekarang. Tanpa Prince, artis-artis seperti Beck, Janelle Monae, Beyonce dan The Weeknd tak mungkin tergerak untuk bereksperimentasi dengan muzik sebagaimana beliau.
Selain daripada muziknya, Prince juga dikagumi kerana mempunyai imej peribadi yang – senang cerita – sangat berani! Aneka sut berwarna garang, seluar high-waisted yang ketat, bodysuit glamor, blaus longgar yang romantik, eksplorasi fabrik dan ekspresi pemakaian pelbagai corak – seperti David Bowie sebelumnya, Prince mencabar ideologi maskulin/feminin dalam bergaya. Sekejap androgynous, sekejap macho. Yang pastinya, sentiasa unik dan penuh inspirasi.
Sebagai tribute kepada ikon pop culture ini, GL membariskan beberapa pengaruh stail Prince dalam koleksi fesyen lelaki musim Bunga/Panas 2016. Thank you for the music and the passion, our Purple Prince.

Gaya pada 1985 menampakkan Prince tampil yakin dengan pemakaian prints dari head-to-toe, bagaikan inspirasi untuk stail Moschino musim Bunga/Panas 2016.

Prince membuat persembahan memakai kostum daripada fabrik renda (1985), sentuhan feminin yang kini diketengahkan dalam koleksi menswear Burberry Prorsum musim Bunga/Panas 2016.

Pengaruh sportswear: Prince tampil dengan crop top (1986), seperti yang boleh dilihat di pentas peragaan Vivienne Westwood musim Bunga/Panas 2016.

Sentuhan feminin aksesori leher dalam bentuk skarf nipis diikat cantik antara kunci gaya koleksi Gucci musim Bunga/Panas 2016, stail yang juga membentuk imej Prince sekitar 1988.

Di konsertnya pada 1988, Prince gemar memakai seluar high-waisted untuk menegaskan badan beliau yang fit. Lemaire musim Bunga/Panas 2016 menterjemahkan stail high-waisted ini dalam gaya yang lebih selesa.

Prince, 1991. Colour blocking. Paul Smith, musim Bunga/Panas 2016. Colour blocking.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa.
SEGALANYA MENGENAI SQUID GAME MUSIM KETIGA
Penonton hanya perlu menunggu empat bulan saja lagi untuk menyaksikan pengakhiran kepada perjuangan Seong Gi-hun dalam Squid Game musim terakhir.
5 GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Tahun 2025, lelaki lebih perlu selektif dalam memilih jenis gaya potongan rambut yang mudah diadaptasi dengan berbagai bentuk wajah.
5 TABIAT LELAKI WAJIB ELAK AGAR PENAMPILAN SENTIASA TERJAGA
Tabiat buruk yang sukar dikawal boleh menjejaskan penampilan diri terutama buat lelaki.
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER
Baru sebulan berpisah dengan Austin Butler, Kaia Gerber dilaporkan telah pun memiliki kekasih baharu yang juga aktor popular.
TIPS MEMILIH JAM TANGAN IDEAL – DRESS WATCH
Mungkin anda pernah dengar kata-kata - Anda perlukan jam selam untuk menyelam! Jam juruterbang untuk terbang! Aktif untuk berada di medan!