IMPAK FESYEN DI MTV VIDEO MUSIC AWARDS 2016
Teks oleh: Putra Mokhter
MTV Video Music Awards 2016 baru-baru ini menggabungkan figura artis yang punya legasi besar dalam dunia seni global. Bukan sahaja punya pengaruh kuat dalam dunia seni, malah mereka ini memberi impak kuat dalam dunia fesyen hari ini. GLAM Lelaki menampilkan barisan artis lelaki yang sememangnya punya gaya yang terbaik di MTV Video Music Awards 2016.
Nick Jonas tampil ringkas dalam gabungan rona hitam dan putih. Lebih santai namun masih ada nilai eksklusif dalam gayanya.
Biarpun kelihatan pelik dan unik, gaya karpet merah Jaden Smith ini menarik perhatian ramai orang dengan rekaan dari jenama Undercover ini.
Jake Miller tampak menawan dalam penggayaan yang lebih ranggi.
Formal dalam kasual. Biarpun popular dengan lawak jenakanya, Kingsley masih mampu memberi gaya yang lebih formal dengan gabungan rona asas, hitam dan putih. Namun, masih tidak lari identitinya sebagai seorang yang santai dengan potongan seluar pendek.
Walaupun kelihatan bersahaja, Chance the Rapper bijak mengenakan helaian jumpsuit bersama t-shirt putih dan juga topi. Menyerlahkan lebih karakter dirinya sebagai seorang yang lincah dan ceria.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MULAKAN TAHUN BARU PENUH AKTIF DENGAN UNDER ARMOUR
Under Armour menyediakan kelengkapan larian dan pakaian serba guna sebagai hadiah Krismas untuk diberi kepada orang tersayang.
GAYA GLAMOR BINTANG TERNAMA DI RED SEA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL 2024
Red Sea International Film Festival bukan hanya dimeriahkan dengan kehadiran bintang Hollywood dan Arab Saudi tetapi juga dari India, Korea dan Thailand.
NATIONAL GEOGRAPHIC APPAREL RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA DI MALAYSIA
Jenama fesyen dan gaya hidup National Geographic Apparel meynambut ulang tahun pertama dengan pembukaan kedai baharu.
KOLEKSI LARRIE 2025: GAYA RETRO UNTUK MULAKAN TAHUN BARU
Bersiap sedia untuk tampil bergaya dengan koleksi terbaru Larrie, Retro Vibes: Revamping Classics with a Modern Spin.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Bersedia untuk mendominasi hari-hari bekerja anda dengan koleksi Ultimate Office Essentials dari Sacoor Brothers.