‘IN MY TABBY’: KEMPEN MERAIKAN EKSPRESI DIRI BERSAMA COACH
Coach melancarkan kempen “In My tabby” yang meraikan momen ekspresi diri yang menampilkan Lil Nas X, Camila Mendes, Koki dan Wu JinYan.
“In My Tabby” merupakan kempen Coach terbaharu yang meraikan momen meraikan siapa diri kita. Ia menampilkan siluet beg tangan Tabby yang ikonik. Kempen ini juga mengangkat mesej tersirat melalui apa yang kita bawa dan membuat kita lebih berkuasa. Ia dilakukan melalui naratif personal daripada Coach Family termasuklah Lil Nas X, Camila Mendes, Koki dan Wu Jinyan.

Diarah dan dirakamkan oleh Charlotte Wales, kempen “In My Tabby” membiaskan kisah melalui lensa identiti, evolusi malar, dan pengembaraan yang menjadikan diri kita pada hari ini. Imaginasi semula kepada fenomena “What’s In My Bag” yang popular memberikan makna baharu kepada apa yang kita bawa hanya semata objek fizikal, tetapi ia merangkumi emosi, pengalaman peribadi dan aspirasi yang membentuk diri kita.

Ekspresi Ditri Melalui Coach Tabby
Melalui kempen ini, bintang rap Lil Nas X mengeksplorasi aspirasi kreatifnya untuk masa hadapan. Manakala, Camila Mendes pula berkongsi kisah dirinya sebagai seorang pelakon Brazil-Amerika Syarikat. Koki mahu mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupannya, dan Wu JinYan pula membincangkan menukar cabaran kerjaya kepada peluang keemasan. Kisah-kisah penuh semangat ini sangat autentik dan dekat dengan ekspresi diri “In My Tabby” yang menginspirasikan peminat dengan mesej beremosi.

Menjadi tunjang utama kempen ini adalah Coach Tabby yang menjadi ikon moden buat rumah fesyen kota New York itu. Ikon generasi baharu ini melantangkan semangat individual, fluidity dan ekspresi diri yang lebih berani. Beg rekaan Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers ini membiaskan beg tangan daripada era 70-an bersama perkakasan signature Coach.

“Saya sentiasa percaya bahawa fesyen bukan hanya mengenai stail, ia perlu melibatkan komuniti, dan menghasilkan ruang kreatif yang selamat untuk meluahkan ekpresi kebebasan,” kata Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers.

Kempen “In My Tabby” meneruskan penerokaan untuk berhubung secara emosi bersama peminat Coach melalui “Courage to Be Real”. Klik untuk terokai beg Coach Tabby di sini.
Foto: Coach Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA
Terokai 10 momen fesyen lelaki dalam sejarah Met Gala. Dari Jared Leto hingga Billy Porter, lihat gaya ikonik yang mencabar norma.
GL ‘5 UNDER 25’: HAKIMI NOORDIN, “MEMILIKI CIRCLE YANG SOLID SECARA TAK LANGSUNG MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR.”
Hakimi Noordin bermula sebagai model dan kini mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan pula. Dia mahu mendalami bidang lakonan sebaiknya.
GL ‘5 UNDER 25’: BELLA DOWANNA, MENCARI RENTAK SENDIRI.
GLAM Lelaki menampilkan pelakon dan pengacara, Bella Dowanna untuk personaliti cover bulan April 2026. Bicara tentang kegagalan dan kerjaya.
GL ‘5 UNDER 25’: SHARUL AIMY. MENGENALI POTENSI DIRI, PERJALANAN, CABARAN & MASA DEPAN
Baca temu bual GLAM Lelaki bersama Sharul Aimy, salah seorang personaliti cover isu April 2026. Bicara soal kerjaya dan pengalaman diri .
COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA
GL Gang, Hakimi Noordin menyertai sesi penggayaan istimewa #StyledbyJK untuk mencari padanan pakaian dan beg Coach Holiday 2025 terbaik
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.











