Skip to content

SEPATU STYLISH UNTUK BEPERGIAN. FERRAGAMO NOMADIC PILIHAN TEPAT.

Kongsikan artikel ini

ITEM-ITEM FESYEN SEHARUSNYA TERSENARAI DALAM SENARAI SEMAK UNTUK PERGI BERCUTI. SEPATU PRAKTIKAL LAGI STYLISH MENJADI KEUTAMAAN. TAMPIL GAYA KALA BERCUTI DENGAN MENYARUNG FERRAGAMO NOMADIC.

Sekarang adalah waktunya ramai yang pergi berlibur. Saatnya musim panas tiba, hampir semua mengambil peluang untuk keluar melancong. Liburan yang tiba merupakan saatnya menyiapkan item-item esensial yang wajib dibawa untuk memastikan perjalanan anda nyaman. 

Bagi pencinta fesyen, item fesyen yang spesifik adalah sangat diperlukan. Kerana aksesori penunjang untuk membuat penampilan anda tetap stylish.

Dan sempena musim percutian ini, Salvatore Ferragamo meraikan idea kembara moden dengan himpunan Ferragamo Nomadic Stories: rekaan kasut bernada mewah untuk lelaki dan perempuan, mencirikan faktor selesa yang berinovasi. Proses pertukangan yang unik selaras dengan ketukangan artisan Itali yang terbaik. 

Koleksi ini memberi tumpuan kepada siri imej dan video dengan ton sinematik yang mengisahkan pengembaraan musim panas sekumpulan rakan, mencerminkan visi jenama: refleksi kepada kebebasan dan kemungkinan yang tak terhingga, kerana setiap satunya adalah perjalanan yang sentiasa berkembang. Ferragamo mencipta koleksi yang diilhamkan oleh keinginan untuk kebebasan dan sifat peneroka. Rekaan kasut yang selesa ibarat lapisan kulit kedua, menyelubungi aura tersendiri, untuk menemani setiap langkah dan pergerakan. 

Menawarkan sandal, moccasin, ballerina dan slip-on yang ringan, boleh dilipat ke dalam beg kembara khas. Dan menampilkan butiran dan mutu kerja yang luar biasa. Ini termasuk moccasin balutan kulit nappa yang lembut dengan gancu Gancini yang diinspirasikan dari aspek sukan, atau ballerina dalam kulit nappa lembut dihiasi reben Vara. Reka bentuk unggul yang memudahkan beraktiviti dengan nyaman di saat kembara, tak kira destinasi mana pun.

Artikel berkaitan: BELAKANG TABIR KEMPEN VIDEO SALVATORE FERRAGAMO MUSIM LURUH 2021

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut