MERAI INOVASI 25 TAHUN, UNDER ARMOUR LANCAR KOLEKSI ISTIMEWA
KELOMPOK URBAN SEMAKIN GIAT BERAKTIVITI. SATU GAYA HIDUP YANG SANGAT DIGALAKKAN. UNDER ARMOUR HADIRKAN KOLEKSI ISTIMEWA SEMPENA MERAI ULANG TAHUN KE-25, LANTAS MEMPERKASAKAN LAGI GAYA HIDUP YANG POSITIF BUAT SEMUA.
Senario hari ini menyaksikan aktiviti sihat kian menjadi gaya hidup dari keseharian masyarakat urban. Mulai dari senaman di gimnasium, yoga di studio, hingga melakukan aktiviti kardio seperti berlari selepas pulang kerja.
Bagi golongan yang aktif melakukan aktiviti sihat, pastinya memahami pentingnya menggunakan pakaian khusus sukan dan yang seumpama dengannya. Seperti mana yang diketahui, pakaian yang tepat berupaya meningkatkan mutu aktiviti yang dilakukan itu. Selain, menjamin keselesaan sepanjang melakukan aktiviti pilihan.


Jenama sukan seperti Under Armour mula menjadi pilihan buat golongan berikut untuk memastikan kelancaran beraktiviti, di samping memakai rekaan bernada sukan. Tidak hanya bertumpu pada aspek praktikal, malah stail yang tersemat juga mengagumkan.
Sambil beraktiviti, sambil itu kita bergaya. Dalam pada memenuhi kemahuan pengamal aktiviti sukan di seluruh dunia, Under Armour telah meraikan ulang tahun yang ke-25 keberadaannya dalam industri peruncitan. Sempena itu, Under Armour mengeluarkan koleksi khusus ulang tahun untuk peminat, atlet sukan dan penggiat aktiviti sihat.
Sejak tahun 1996, Under Armour telah menyampaikan satu idea ringkas-mencipta peralatan yang membantu meningkatkan prestasi atlet dengan lebih baik. Idea tersebut telah mengubah segalanya. Koleksi istimewa ini telah menggabungkan logo klasik jenama dalam tiap rekaan sebagai butiran utama untuk meraikan komitmen Under Armour untuk sekian lama ini.

Antara rekaan utama yang terkandung ialah helain kemeja T tanpa lengan yang menampilkan material cepat kering dan kain campuran kapas yang memberikan keselesaan sepanjang hari. Untuk rekaan seluar pula, tersedia seluar jogger dan seluar pendek yang direka untuk memenuhi kehendak yang berbeza. Koleksi ini hadir dalam warna klasik seperti, kelabu, hitam dan putih.
Koleksi eksklusif ini turut menampilkan ciri teknologi khas HOVR untuk memberikan rasa grafiti sifar untuk mengekalkan pengembalian tenaga dan membantu menghilangkan impak semasa beraktiviti, misalnya berlari. UA HOVR Infinite 3 akan memenuhi keperluan golongan pelari yang memerlukan ketahanan dan fleksibiliti dalam rutin kecergasan mereka, mahupun kala bersantai.
Sandal UA Core Remix turut dimuatkan dalam koleksi, bersifat versatil yang menawarkan keselesaan sepanjang hari saatnya sebelum atau selepas beraktiviti.
Koleksi Ulang Tahun ke-25 Under Armour tersedia di seleksi stor Under Armour dan secara online.
Artikel berkaitan: ZEGNA LUXURY LEISUREWEAR; LEBIH PERSONAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.













