Skip to content

Zegna Luxury Leisurewear

ZEGNA LUXURY LEISUREWEAR; LEBIH PERSONAL

Kongsikan artikel ini

Perubahan yang cukup ketara berlangsung dalam dunia fesyen terutamanya pasaran pakaian. Ini cukup terkesan dek pendamik yang melanda. Kita tidak lagi mampu keluar dalam ceraian yang indah dan sarat perincian. Tidak lagi boleh terbang melintasi sempadan, bermanja tepi pantai atau bermain ski di Eropah. Atas perubahan inilah Zegna mula mencambahkan aliran fesyen mereka. Bukan hanya berpandu pada penghasilan sut dan ceraian formal. Zegna Luxury Leisurewear adalah taruhan baru buat jenama ini, mengikut trend semasa.

Zegna sudah lama melakar sebagai perintis utama dalam penghasilan pakaian formal. Bersama 110 tahun pengalaman itu, Zegna mencabar artisan mereka dalam menghasilkan helaian koleksi Zegna Luxury Leisurewear dengan citra masih berpandukan segak sartorial. Mereka tahu yang pecinta Zegna masih sukakan helaian yang bagus pembuatannya. Lantas, taruhan ini mengadaptasi adunan itu dengan rekaan serta fabrik yang lebih mudah dan selesa. Selari dengan mengikut aktiviti lelaki sekarang ini. Asasnya adalah bagaimana koleksi ini boleh dipakaikan ketika lelaki sedang berehat, menjalani kehidupan harian serta melaksanakan kerja dalam satu tempat yang sama. Maka paling yang diutamakan adalah keselesaan melalui pemilihan tekstil yang sudah menjadi resmi utama di Zegna.

Rencah stail baru yang diperkenalkan buat koleksi Zegna Luxury Leisurewear ini bijak bermain dengan material. Mereka menggabungkan fabrik agar mampu menterjemahkan ritma yang lebih effortless dan elegan. Taruhan utama melalui koleksi kasual ini adalah jacket field yang menggunakan fabrik kalis air, seluar kargo dan jaket berhud anaroks yang memberi stail lebih moden. Dinamik gaya yang Zegna lancarkan juga menguatkan lagi trend functionality.

PAUTAN BERKENAAN: GUCCI BASKET, HIGH-TOP TRAINERS YANG COOL

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL FIRST: ERMENEGILDO ZEGNA XXX SUMMER 2022

Bacaan Lanjut

ZEGNA WHAT MAKES A MAN 2021

Bacaan Lanjut

SIAPA KE MINGGU FESYEN F/W 2021? DARI MALUMA, BRIGHT KE DANE DEHAAN…

Bacaan Lanjut
Parti Akhir Tahun Virtual

VIRTUAL PARTY JADI AGENDA AKHIR TAHUN

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF: ERMENEGILDO ZEGNA X FEAR OF GOD

Bacaan Lanjut

DI SEBALIK TABIR PENGGAMBARAN GLAM LELAKI X ZEGNA

Bacaan Lanjut