INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH
Tak ada salahnya menyarung tuksedo klasik rona gelap, namun kebelakangan ini ramai selebriti tampil berani dengan menyarung sut berwarna-warni.
Pada beberapa majlis anugerah berprestij baru-baru ini, beberapa selebriti lelaki dilihat bijak mencuri perhatian. Mereka mengetepikan gaya malam tipikal dan muncul di karpet merah dengan persalinan rona terang yang menonjol.
Percikan warna boleh memberi impak besar dan tidak memerlukan bantuan tambahan. Hanya pastikan gaya anda kemas, jangan keterlaluan. Penampilan anda akan kelihatan segak dan sama sekali tidak membosankan.
Lihat sut pilihan selebriti di acara karpet merah yang boleh dijadikan inspirasi
Jon Batiste
Pada malam Anugerah Akademi yang berlangsung Mac lalu, penyanyi ini tampil super chic dalam blazer rona merah pulasan daripada Zegna. Kemeja kolar tinggi dan celana kaki lebar sedondon daripada jenama sama melengkapkan gayanya.
Taylor Zakhar Perez
Pada acara sama, aktor Minx ini menyarung sut biru kundang yang dipadankan bersama kemeja poplin, tali leher kupu-kupu fabrik sutera dan kasut kulit rona hitam daripada jenama Itali, Prada.
Chris Evans
Bintang Marvel ini tahu cara tepat untuk mencuri tumpuan lensa kamera. Chris Evans hadir ke Vanity Fair Oscar Party dalam sut double-breasted Dolce & Gabbana bersama kemeja putih dan tali leher rona hitam.
Matt Bomer
Musim anugerah tahun ini menyaksikan beberapa penampilan berani Matt Bomer dalam sut rona terang. Pada Golden Globe Awards ke-81 Januari lalu, dia menggayakan dinner jacket sutera rona biru, celana berwarna hitam dan kemeja sutera putih daripada Brioni.
Andrew Scott
Untuk gaya lebih kasual, penampilan Andrew Scott boleh dijadikan sumber rujukan. Kala menghadiri Film Independent Spirit Awards pada bulan Februari, aktor Ripley ini menyarung sut Etro rona kuning yang dipadankan bersama kemeja polo jarang berwarna putih.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN SELEBRITI DI COACHELLA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 PALING SEGAK DI SAG AWARDS 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Semak beberapa gaya selebriti lelaki paling menyerlah di SAG Awards ke-31 yang berlangsung di Los Angeles, California.
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025
Permaidani merah Anugerah Grammy ke-67 menyaksikan kehadiran pasangan kelas-A dalam persalinan memukau mata.
FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025
Dalam banyak-banyak anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan. Tahun ini juga tidak mengecewakan.
STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI SUNDANCE FILM FESTIVAL 2025
Acara filem bebas yang ditunggu-tunggu, Sundance Film Festival kembali pada tahun ini bermula dari 23 Januari hingga 2 Februari.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!