JAMES MARSDEN X HUGO BOSS FALL ’17
Jenama pakaian terkenal Hugo Boss baru-baru ini melancarkan kempen musim luruh 2017, Own Your Journey yang menampilkan pelakon tampan James Marsden sebagai wajah eksklusif kempen tersebut. Dalam gambar-gambar kempen ini, James tampak segak dan berkarisma menyarung sut berlatarkan stail inspirasi nautika.

Berkongsi pengalaman menyusuri perjalanannya di Hollywood, ulas Marsden, “Pasti akan ada cabaran di hadapan, tetapi akan jalan untuk menjadi lebih baik, dan sesuatu untuk kita pelajari. Bagi saya, perkara yang amat saya takutkan adalah apa yang terjadi ini tidak terjadi kepada saya dan saya terpaksa berpatah balik. Tetapi dalam minda saya, itu bukanlah satu pilihan. Kehidupan perlu diteruskan..”

Aktor kacak ini yang dikenali dengan barisan filem-filem pecah panggung seperti X-Men, Enchanted dan 27 Dressess ini seakan refleksi bagaimana lelaki moden masa kini patut bergaya dengan barisan pakaian eksklusif dari kempen Hugo Boss ini. Turut dipersembahkan kepada tontonan awam adalah klip video di mana Marsden kelihatan segak menghabiskan masa tengaharinya di dek. Ternyata Marsden tampak ranggi, kacak dan klasik.


Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.










