JOSH O’CONNOR, WAJAH FESYEN TERHANGAT MASA KINI
JOSH O’CONNOR MERAIH POPULARITI MELALUI LAKONANNYA SEBAGAI PUTERA CHARLES DALAM SIRI THE CROWN. SEJAK ITU, KLIEN-KLIEN FESYEN BEREBUT MENDAPATKANNYA UNTUK DIGAYAKAN DALAM REKAAN MASING-MASING. KINI JOSH O’CONNOR BERGELAR IKON FESYEN ERA BAHARU. LANGSUNG MUNCUL ANTARA SELEBRITI LELAKI PALING STYLISH SEPANJANG MUSIM ANUGERAH 2021 DIANJURKAN.
GLAM Lelaki mengagumi stail yang dipamerkan oleh Josh O’Connor sewaktu bermulanya musim anugerah. Sememangnya, menjelang musim anugerah, pasti ada satu selebriti lelaki yang ditumpukan gayanya. Jika sebelum ini, Eddie Redmayne, Timothe Chalamet dan Leonardo DiCaprio antara yang pernah paling menyinar gayanya sepanjang musim anugerah. Maka untuk tahun ini, Josh O’Connor merupakan tetamu yang paling stylish. Moden, ada seni dan ikonik. Manakan tidak, Josh O’Connor melantik penata gaya, Harry Lambert untuk menata setiap penampilannya. Bermula dari Golden Globes, Cristics Choice Awards dan beberapa acara penting lain.

Josh O’Connor menyarung rekaan Loewe di 2021 Golden Globes
Harry Lambert merupakan penata gaya Harry Styles. Maka itulah, sewaktu Josh O’Connor tampil dalam rekaan Loewe di Golden Globes, pengaruh gaya-gaya Harry Styles ada kelihatan. Tata gaya yang pernah kita saksikan pada Harry Styles, sedikit sebanyak membentuk gaya-gaya ikonik Josh O’Connor.
Apakah terlalu awal untuk kami gelarkan ‘ikonik’ buat gaya karpet merah Josh di Golden Globes? We don’t think so. Saat gambar rasmi Josh dalam Loewe ‘muncul’ di timeline , ia sudah cukup wow walaupun Josh menghadirinya dari rumah sahaja. Pun begitu, Josh setia bersama jenama Loewe kerana di Golden Globes 2020, Josh juga dirakam dalam rekaan Loewe. Kolaborasi Josh bersama Jonathan Anderson dan Loewe semakin kukuh sejak Josh pernah menghiasi untuk kempen fesyen Loewe, back in 2018.
It was not just a look. Penggayaan Josh tersebut, telah membuktikan bahawa fesyen lelaki di karpet merah sudah berevolusi. Gaya-gaya yang unik, lari dari kebiasaan semakin diterima. Dan yang paling penting, golongan selebriti lelaki percaya pada pentingnya fesyen sewaktu menghadiri majlis-majlis sebegitu. Sut putih yang dihiasi ikatan skaf putih ternyata mencipta statement yang tersendiri.
Biarpun, Josh tidak melewati karpet merah yang sebenar dalam gaya tersebut, tetapi kami yakin bahawa it will look good. Warna putih yang cukup minimal, namun aspek fesyennya terletak pada potongan dan butiran penting yang lain seperti lapel. Paduan warna hitam dan putih sudah cukup ‘kuat’ untuk menyerlahkan karakter Josh. Jaket dua butang yang dipadankan dengan seluar putih, jam tangan Bulgari lalu membentuk gaya kelas pertama yang baharu. Cukup segar. Pada kami, ia mendefinisikan gaya yang memiliki strong visual identity. A look that other male celebrities can try on.
Di 2021 Critics Choice Award pula, Josh sekali lagi memukau. Masih dalam sut Loewe, penginovasiannya terletak pada pilihan warna kelabu, dan meletakkan katan bow besar sebagai penegasan gaya.
Perihal fesyen Josh yang lain juga mengagumkan. Tentang gaya ‘off duty’-nya pula, Josh pernah bikin tular, di mana gayanya ketika bersenam dalam seluar sukan pendek, berserta hoodies. That’s a look too!
Pendek kata, buat masa ini apa sahaja gaya yang Josh pamerkan, pasti kelihatan stylish. Keperibadian Josh sememangnya sudah cukup ramuannya untuk menonjolkan stail yang ada kekuatannya tersendiri. We can’t wait to see what else Josh will be looking stylish in.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: MUSIM ANUGERAH 2021: SIAPAKAH YANG STYLISH? (SO FAR)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026















