Skip to content

KACA MATA IKONIK JOHN LENNON DIBIDA DENGAN HARGA RM800K!

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali bintang lagenda, John Lennon? Walaupun dirinya sudah tiada, namun peninggalan karya muziknya tetap unggul dan kekal diingati sehingga ke hari ini, termasuklah kaca matanya? Ya, baru-baru ini, salah satu item peribadinya dikhabarkan bakal dilelong, seterusnya dibida dengan harga RM800K!

Dianggap antara item paling berharga pernah ditinggalkan beliau pada zaman kegemilangan rock n roll, kaca mata ikonik yang kosong berwarna emas itu turut memiliki cerita lucu disebaliknya.

Menurut Alan Herring, “Pada musim panas tahun 1968, saya telah mengambil John dan George menaiki Mercedes dan memandu mereka ke pejabat, dan sebaik John keluar dari kereta, saya menyedari bahawa dia tertinggal cermin mata hitam ini di kerusi belakang dan kelihatan satu lensa dan satu bahagiannya tertanggal. Lalu saya bertanya kepada John jika dia mahu saya membetulkannya. Namun dengan segera John menjawab, ‘tidak perlu, ia adalah untuk gaya sahaja!'”

John Lennon meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang peminat yang bernama Mark David Chapman di luar gedung pangsapuri Manhattan pada tahun 1980.  He was 40 years old! 

Gambar dan saat terakhir sebelum John Lennon dihampiri “peminatnya” dan ditembak mati.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut

30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36

Bacaan Lanjut
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

Bacaan Lanjut
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SEJAK TAHUN 90-AN

EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut