KEMBARA ‘HOTEL SPLENDID’ BERSAMA SALVATORE FERRAGAMO
MOMEN INDAH MUSIM PANAS DI ITALI MEMBENTUK LATAR KEMPEN SALVATORE FERRAGAMO UNTUK KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2022. FILEM PENDEK YANG DITERBITKAN OLEH AMALIA ULMAN MENAMPILKAN PELAKON EMMYS, JHARELL JEROME, DI SAMPING MODEL-MODEL LAIN.
It’s summer time! Tiada yang lebih menyeronokkan dari pergi bercuti saat tibanya musim panas. Maka itu, Salvatore Ferragamo bawakan pengalaman kembara di Itali melalui kempen musim bunga bertajuk ‘Hotel Splendid’. Filem pendek yang diterbitkan oleh pengarah, Amalia Ulman dan dibintangi pelakon pemenang anugerah Emmy, Jharell Jerome, di samping model-model lain.

Konsep seni yang ditampilkan memberi gambaran sempurna musim panas, ternyata memesona dan tiada tandingan, melalui setiap syot yang dipaparkan.
Imej visual pula ditangkap oleh jurugambar, Hugo Comte, penceritaan kempen ini membawa kita ke alam semesta Mediterranean-daya tarikan yang menunjukkan konsepsi visual cara kita berpakaian, menonjolkan rekaan baharu Ferragamo yang menterjemahkan perspektif elegan.
Kembara Ferragamo di Itali meraikan momen manis dan bebas yang seiring dengan seni bina ciptaan Comte melalui visual. Garisan berpenjuru dan komposisi geometri meningkat warna dalam setiap syot, penuh dengan ketegangan dan punya daya tarik sensual. Imej yang terhasil kelihatan vintaj juga kontemporari, seakan konsep yang mengingatkan kita pada bintang-bintang filem dari era ‘60-an dan ‘70-an. Fokusnya pada aksesori Ferragamo, menunjukkan estetika Ferragamo.


Sejumlah pakaian dan aksesori Ferragamo mengukuhkan lagi penceritaan kempen ‘Hotel Splendid’. Rekaan Vara dan Varina yang ikonik, terompah bohemian dengan gancu Gancini, dan sepatu moccasin Tramezza untuk lelaki, dicipta semula untuk generasi baharu. Deretan pakaian ready-to wear dicirikan oleh warna-warna terang merangkumi helaian kait dan jersi yang meningkatkan rasa bebas kala bergaya, bernada klasik namun tetap menarik perhatian mata.
Perihal beg pula, beg Studio Ferragamo dan Trifolio, rangkaian baharu membuat debut pertamanya, beg bucket ultra lembut dalam variasi warna yang menonjol. Memberi opsyen gaya yang beragam.
Artikel berkaitan: ALL SAINTS BERKELANA KE TOKYO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.











