Skip to content

Kempen Kitar Semula Denim bersama GUESS & Kloth Lifestyle

Kongsikan artikel ini
Kini anda juga boleh berjasa pada alam sambil berfesyen dengan helaian celana denim. Tentunya anda punyai helaian yang sudah lama terperuk dalam almari dan tidak dipakai lagi. Dengan program menarik oleh Guess yang diketengahkan ini, anda boleh menerima mendapat pulangan berbentu diskaun untuk celana denim baru nanti.

unnamed

Denim Recycling Campaign dilancarkan pada musim luruh ini hasil daripada gabungan hebat jenama GUESS dan KLOTH LIFESTYLE SDN BHD. Kempen ini akan bermula di butik GUESS seluruh Malaysia pada 29 September sehingga 30 Oktober 2016.

Denim Recyling Campaign adalah salah satu inisiatif untuk memupuk dan menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula pakaian denim mereka di butik GUESS yang berhampiran. Mereka yang hadir bakal menikmati diskaun sebanyak 30% dengan setiap pembelian di butik GUESS. Setiap helaian jeans yang diterima akan dikitar semula dan sebahagiannya juga akan disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan.

Usaha murni anda bukan saja dapat membantu memelihara alam tetapi juga komuniti yang tentunya akan menghargainya. Ini juga masa terbaik untuk anda kosongkan gerobok yang sudah lama tersimpan celana dari zaman remaja atau yang sudah tidak celus dipakai lagi. Ayuh sertai kempen ini untuk bersama-sama membantu menjaga alam sekitar dan menjadikan bumi lebih hijau!

Teks: Putra Mokhter

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut