KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
PASANGAN SELEBRITI TERKENAL DUNIA, THE BECKHAMS, TERUS MENJADI PERHATIAN SELEPAS 27 TAHUN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. DIKURNIAKAN EMPAT CAHAYA MATA — BROOKLYN, ROMEO, CRUZ DAN HARPER. KELUARGA INI SENTIASA MENCURI TUMPUAN. JOM SELAMI FAKTA MENARIK DAN SISI JARANG DIDEDAHKAN TENTANG TIGA PUTERA THE BECKHAMS!
David dan Victoria Beckham dikurniakan empat orang anak iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper. Pasangan terkenal ini pertama kali bergelar ibu bapa selepas kelahiran anak sulung mereka, Brooklyn, pada Mac 1999. Sejak itu, keluarga Beckham terus berkembang dengan kehadiran tiga lagi cahaya mata.
Anak kedua mereka, Romeo, dilahirkan pada September 2002, diikuti oleh Cruz pada Februari 2005. Anak bongsu mereka, Harper, pula dilahirkan pada Julai 2011, melengkapkan keluarga bahagia David dan Victoria Beckham.
Brooklyn

David dan Victoria Beckham menyambut kelahiran anak sulung mereka, Brooklyn Joseph Beckham, pada 4 Mac 1999 di London. Nama “Brooklyn” merupakan pilihan kegemaran pasangan ini dan mempunyai makna tersendiri, apabila Victoria menjelaskan bahawa beliau berada di New York City ketika mengetahui dirinya hamil. Pasangan ini kemudiannya menamakan penyanyi terkenal Elton John sebagai bapa saudara angkat (godfather) kepada Brooklyn.
Brooklyn menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di kawasan luar bandar Oxfordshire. Namun, kerjaya David Beckham sebagai bintang bola sepak antarabangsa turut membawa keluarga ini menetap di beberapa bandar utama dunia, termasuk Madrid dan Los Angeles.
Ketika remaja, Brooklyn pernah mempertimbangkan untuk mengikut jejak langkah bapanya dalam dunia bola sepak dan menyertai Akademi Arsenal FC. Walaupun dia telah bermain bola sepak hampir sepanjang hidupnya ketika itu, Brooklyn akhirnya menyedari bahawa sukan tersebut bukan laluan kerjaya yang ingin diceburinya.

Selain bergelar model, Brooklyn turut meminati bidang fotografi. Minat tersebut mula berkembang ketika beliau mempelajari fotografi di sekolah dan sejak itu, dia segera menyedari bahawa bidang berkenaan merupakan sesuatu yang benar-benar menarik perhatiannya.
Kini, tumpuan utama Brooklyn adalah dalam bidang kulinari. Dia pernah mengacarakan rancangan sendiri di Facebook Watch berjudul Cookin’ with Brooklyn, selain melancarkan jenama sos pedas miliknya, Cloud 23.
Dalam kehidupan peribadinya, Brooklyn telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nicola Peltz, sejak April 2022.
Romeo

Pada 1 September 2002, David dan Victoria Beckham menyambut kelahiran anak kedua mereka, Romeo James Beckham. Seperti abangnya, Romeo turut mencipta debut dalam dunia peragaan pada usia muda, membintangi kempen Burberry Kids ketika berusia 10 tahun.
Selain peragaan, Romeo juga memilih untuk mengikuti jejak langkah bapanya dengan menceburi dunia bola sepak. Dia menyertai Akademi Arsenal FC, namun akhirnya mengambil keputusan untuk berundur ketika berusia 13 tahun.

Terkini, Romeo bergiat aktif sebagai model dan telah bekerjasama dengan banyak jenama besar, seperti Balenciaga, Versace dan Willy Chavarria.
Cruz

David dan Victoria Beckham menyambut kelahiran anak ketiga mereka, Cruz David Beckham, pada 20 Februari 2005. Apabila berusia 11 tahun, Cruz mengumumkan bahawa dia ingin mengikuti jejak langkah ibunya dengan mencuba bidang muzik. Pada Disember 2016, dia melancarkan single sulungnya berjudul “If Every Day Was Christmas” untuk mengumpul dana bagi badan kebajikan kanak-kanak, Make Me Some Noise. Terkini, Cruz menyertai band dengan nama Cruz Beckham and the Breakers. Dan akan memulakan konsert jelajah mini tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TAMPIL SEDONDON DI MINGGU FESYEN LONDON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TAMPIL SEDONDON DI MINGGU FESYEN LONDON
Pasangan merpati dua sejoli, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz tahu bagaimana untuk mencuri perhatian orang ramai.
STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa.
DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS
Mula dengan Jeremy Allen White untuk kempen Calvin Klein, disusuli oleh Taylor Zakhar Perez buat Lacoste. Kini, David Beckham dengan BOSS!
TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’
Bintang Dunia, David Beckham telah dilihat di laman rasmi Instagram Tudor mengayakan koleksi terbaru sehari sebelumnya dan disusuli Jay Chou.











