KIM JONES REKA KASUT B27 TERBARU DI DIOR MEN
Kim Jones tahu bagaimana untuk mendapatkan perhatian kelompok fesyen sekarang! Taruhan barunya di Dior Men adalah koleksi kasut sneakers B27!
Dunia sukan lasak papan luncur menjadi inspirasi dalam mereka kasut B27. Juga ada elemen vintaj diterapkan pada kasut B27 yang dicedok daripada dekad 80-an.
Kasut ini hadir dalam tiga rona klasik iaitu putih, hitam dan pastinya kelabu, warna kegemaran mendiang Christian Dior.
Taruhan kasut B27 di Dior Men ini meraikan sisi sifat sporty dengan lagak lebih mewah!
Baca juga tentang Dior Essentials ilham Dior Men.