Skip to content

KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®

KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®

Kongsikan artikel ini

Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.

Koleksi ini diraikan sempena menjelang tayangan perdana filem F1® The Movie di Amerika Utara pada 27 Jun 2025, dan 26 Jun 2025 untuk peringkat antarabangsa. Kempen ini diterajui oleh bintang baharu F1® The Movie dan Duta Jenama TOMMY HILFIGER, Damson Idris. Dia yang menangkap kebangkitannya yang penuh aksi. Dia mewakili semangat berani dan gaya bersahaja yang mendefinisikan perjalanannya. Ketika trend pemakaian ‘motorcore’ semakin berkembang, koleksi ini memimpin salah satu arus fesyen paling menonjol musim panas ini. Ia menjadi satu inovasi perlumbaan bertemu warna-warna berani, siluet yang kemas, dan perincian penuh tenaga.

koleksi apxgp tommy hilfiger

“Bekerjasama dengan pasukan Tommy Hilfiger dan dalam filem F1® The Movie merupakan satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Ia merupakan satu gabungan autentik antara gaya ikonik dan kuasa sinematik,” kata Damson Idris. “Visi Tommy sentiasa tentang mendorong budaya ke hadapan, dan tenaga itu dapat dirasai dalam setiap aspek kerjasama ini. Dari Koleksi APXGP TOMMY HILFIGER hingga semua usaha kami untuk menghidupkan filem ini kepada penonton, semuanya mencerminkan semangat berani yang sama. Iaitu untuk menangkap keazaman agar berjaya di litar dan keyakinan untuk menguasai setiap detiknya.”

koleksi apxgp tommy hilfiger

Koleksi APXGP mencerminkan pengaruh yang semakin meningkat daripada Formula 1™ di luar litar. Ia apabila para pemandu menjadi ikon fesyen baharu dan gaya di paddock membentuk trend global. Menangkap semangat gerakan ‘motorcore’, rangkaian ini menyatukan kelajuan dengan sofistikasi. Kemeja mekanik dengan corak moto, jaket gaya varsity-moto daripada kulit vegan, seluar jeans denim Jepun yang dijahit rapi, dan polo rajutan merino memberikan sentuhan bergaya terhadap gaya di sisi litar. Jaket quilted merah direka berdasarkan siluet yang dipakai oleh watak Damson Idris dalam filem tersebut. Menambah elemen sinematik dalam barisan ini, menggabungkan gaya sofistikated dengan gaya santai.

Minat Besar TOMMY HILFIGER Terhadap Formula 1

“Sejak kecil lagi saya mengintai dari pagar di litar Watkins Glen, Formula 1™ sudah menjadi legenda buat saya,” kata Tommy Hilfiger. “Apabila F1® mula membuka pintunya kepada dunia hiburan dan fesyen, sukan ini telah menjadi fenomena budaya. Berdasarkan hampir 40 tahun menyuntik warna, logo dan semangat sukan permotoran ke dalam koleksi kami, kami sangat teruja untuk menyertai Hollywood. Lebih-lebih lagi dengan bekerjasama bersama F1® The Movie. Filem ini menangkap perubahan budaya, menetapkan penanda aras dalam apa yang kami gelar ‘fashiontainment, di mana masa depan sedang dibentuk. Ini adalah bab yang baharu dan berani. Kami memacu langkah ke hadapan.”

koleksi apxgp tommy hilfiger

Sebagai peminat setia Formula 1™, Tommy Hilfiger telah terpikat sejak kecil dengan keghairahan perlumbaan, kehebatan pakaian seragamnya, dan ikonografi klasik sukan ini. Obsesi awal itu membantu membentuk DNA jenamanya, yang telah bekerjasama dengan pasukan sejak tahun 90-an. Ini juga menjadi mencipta koleksi bersama ikon-ikon perlumbaan. Legasi itu kini memasuki bab baharu yang berani dengan pelancaran Koleksi APXGP dari TOMMY HILFIGER ini.

damson idris

Selepas kemunculan Damson Idris yang tidak dapat dilupakan di Met Gala menaiki kereta APXGP pada bulan Mei, TOMMY HILFIGER terus membawa gaya autentik dan warisan perlumbaan ke dalam F1® The Movie. Dalam filem yang dijangka menjadi acara sinematik paling mendebarkan tahun ini, jenama ini menjadi penaja fesyen rasmi bagi pasukan fiksyen APXGP. Ia diketuai oleh pemandu Joshua Pearce (lakonan Damson Idris) dan Sonny Hayes (lakonan Brad Pitt).

Pautan Berkaitan: LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF

Bacaan Lanjut
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1

Bacaan Lanjut
TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

Bacaan Lanjut
STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER

STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER

Bacaan Lanjut