Skip to content

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Kongsikan artikel ini
1 of 5

TOMMY HILFIGER MENYAMBUT 100 TAHUN DISNEY DENGAN MELANCARKAN KOLEKSI KOLABORASI DISNEY X TOMMY. IKON AMERIKA TOMMY HILFIGER DAN DISNEY BERSATU UNTUK KOLEKSI KLASIK DENGAN SENTUHAN MANGA. 

Mickey dan rakan-rakan memasuki dunia pembelajaran kolej yang menakjubkan, muncul pada rekaan klasik TOMMY HILFIGER. Watak kesayangan ramai dan rakan-rakannya, termasuk Minnie Mouse, Pluto, Goofy, Donald Duck dan Daisy Duck, dilukis dalam manga, gaya kartun komik Jepun yang popular. Koleksi ini telah hadir di butik terpilih TOMMY HILFIGER secara global pada awal Jun lepas. Merangkumi koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak. 

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

“Menyatukan Mickey dan rakan dengan DNA jenama Tommy Hilfiger telah menjadi salah satu kerjasama kami yang paling menyeronokkan setakat ini. Ia merupakan edisi koleksi ‘prep classics’ kegemaran kami,” kata Tommy Hilfiger. 

Koleksi Disney x Tommy ialah sambutan sebenar ulang tahun ke-100 Disney dan mempamerkan kreativiti dan penceritaan terbaik bagi kedua-dua Disney dan TOMMY HILFIGER. 

Koleksi ini menawarkan 50 gaya merentas pakaian lelaki dan pakaian wanita, dan 10 gaya untuk kanak-kanak, semuanya menampilkan wajah baru watak ikonik Disney. Semak rekaan-rekaan yang stylish, dari kemeja T ragbi, seluar chinos dan blazer dengan butiran seperti cetakan jacquard Monogram TH yang diolah semula dan siluet Mickey yang jelas. 

KEMEJA T RAGBI

1 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut