KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK
BOSS kini tampil lebih berani untuk koleksi musim Bunga/Panas 2025. Bertempat di Palazzo del Senato, Milan, tema “Out of Office”.
Taman hijau yang menghiasi kawasan istana tersebut memberikan suasana tenang yang serba estetik di tengah-tengah kesibukan kota Milan. Runway yang berliku di antara kehijauan melambangkan perubahan. Dari struktur pakaian korporat tradisional kepada konsep escapism selepas jam bekerja, memecahkan batasan dunia korporat yang kaku.
Marco Falcioni, SVP Creative Direction di HUGO BOSS, menjelaskan, “Untuk Spring/Summer 2025, kami menyusun semula suiting yang menjadi warisan utama BOSS dengan pendekatan yang lebih lembut. Siluet kini ditentukan oleh tubuh pemakai, memberikan kebebasan dan ekspresi individualiti yang lebih luas.” Menurut beliau lagi, sut tiga butang kini menjadi bintang utama koleksi ini, dengan fabrik lebih ringan yang mengikut bentuk tubuh tanpa sekatan bahu atau struktur dalaman yang ketat.
Koleksi ini tidak hanya melepaskan sekatan pakaian formal tetapi juga mencerminkan etos keseimbangan hidup yang lebih sofistikated. Yang paling menarik adalah kemasukan elemen gaya sporty seperti drawstring cinching mechanisms, yoga mats, dan tennis racket bags. Pakaian yang diilhamkan daripada gaya sleepwear, seperti pajamas dan dressing gown, juga menyerlah di pentas buat kali pertama.
Barisan hadapan acara ini penuh dengan bintang ternama seperti David Beckham. Para atlet dan selebriti lain seperti Taylor Fritz, Matteo Berrettini, dan Khaby Lame turut menghiasi runway. Manakala nama-nama besar influencer seperti Dixie D’Amelio dan Nyle DiMarco.
BOSS MEMPERKENALKAN FESYEN “OFFICE CORE” DI MILAN YANG BERTEMAKAN “OUT OF OFFICE” GAYA YANG LEBIH SELESA 24/7
“BOSSes ARE NOT BORN, THEY ARE MADE!”
#BeYourOwnBOSS
Pautan Berkaitan: MODEL ASIA TENGGARA MENGUASAI PENTAS PERAGAAN ANTARABANGSA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK
Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2025: Koleksi berani dan androgynous yang menggabungkan keanggunan urban dan semangat muda.
6 SELEBRITI & KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MERUPAKAN RAKAN BAIK
Kerabat Diraja Britain mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti, malah ada juga yang boleh dianggap sebagai rakan karib.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024
Dari siri hangat, “Bridgerton” yang kembali dengan musim ketiga kepada rancangan realiti “Super Rich in Korea” yang menampilkan BamBam, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2024.
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG
Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK
Imbas kembali kerjaya gemilang David Beckham selama dua dekad menerusi himpunan foto.