SUPREME X LOUIS VUITTON
Akhirnya! Dunia fesyen global khususnya menswear dikhabarkan cukup teruja dengan kolaborasi dua jenama terkenal Supreme dan Louis Vuitton. Khabar angin mengenai kolaborasi kedua jenama gergasi ini sudah lama bertebaran namun tiada siapa menjangkakan ia akan terjadi dalam masa terdekat ini.
Ini berikutan sekitar tahun 2000, Supreme pernah mengeluarkan satu koleksi menggunakan monogram rasmi Louis Vuitton. Malangnya pada waktu itu, Louis Vuitton tidak gembira dengan koleksi berkenaan lalu mengeluarkan saman dan menyebabkan jenama tersebut terpaksa menarik kembali kesemua koleksi ‘LV’ berkenaan dalam masa dua minggu.
Dan kini, kedua-duanya sudah berdamai dan mempamerkan koleksi kerja sama mereka semalam sewaktu persembahan koleksi baharu Louis Vuitton for men yang dihadiri oleh para selebriti popular seperti David Beckham dan ramai lagi. Tahniah dan thanks buat Kim Jones yang berjaya merealisasikan kolaborasi hangat ini.
Yang menjadi tumpuan semestinya rekaan beg jenama ini bersama Supreme yang ternyata memiliki aura dan peminatnya yang ternanti-nantikan. Ia terdiri daripada backpack, duffle bag, messenger bag dan fanny pack. Tidak dilupakan aksesori seperti kasut, baju, tali pinggang, bandana dan topi bagi melengkapkan lagi koleksi ini. Dikhabarkan koleksi ini akan berada di pasaran bermula bulan Julai 2017 ini.
https://www.instagram.com/p/BPcvYTDFB9e/?taken-by=louisvuitton
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
















