Skip to content

KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022

Kongsikan artikel ini

PERCUTIAN PENUH KESERONOKAN MEMBAYANGI KOLEKSI VERSACE UNTUK LA VACANZA 2022. GAYA SAAT KEMBARA LEBIH HANGAT DENGAN PADANAN KOLEKSI BAHARU INI.

Iris Law (pelakon dan model) membintangi kempen Versace pertamanya dengan satu siri imej bernuansa terang dan hangat hasil bidikan jurugambar Camille Summers-Valli. Mengisahkan percutian pantai secara berkumpulan dipadu dengan keseronokan penuh tenaga merefleksi sepenuhnya gaya hidup percutian Versace, mencerminkan gaya musim panas terkini yang bertenaga. 

Cetakan Barocco meliputi seluruh rangkaian bikini, baju sutera dan seluar renang, manakala selendang sutera bercetak diikat pada beg bakul rotan La Medusa baharu. Beg tote kanvas saiz medium menampilkan logo Versace dan plak Medusa dalam ton warna merah menyala, kuning dan biru DV, dan merupakan gaya yang versatil untuk penampilan di pantai dan lain-lain. 

Beg mini La Medusa dihadirkan dalam rona pop, berbentuk mini yang tentu sahaja menyerlahkan penampilan. Sandal wanita dan lelaki direka sama terang dan berwarna-warna. Aksesori kulit dilengkapi dengan tapak getah bersifat ringan dan dihiasi Medusa Biggie dengan kemasan emas, manakala sandal Medusa Dimension yang inovatif diperbuat daripada getah yang dibentuk dengan Baroque. 

Koleksi ini mengusung kebebasan bereksperimen yang tidak kenal waktu, seiring kita mencuba untuk mengembalikan indahnya waktu percutian. 

Artikel berkaitan: BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut