Trend bag charm semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan kedatangan blind box yang diisi dengan rantai kunci untuk dijadikan perhiasan.
Apabila dua trend, bag charm dan blind box bergabung, Pop Mart tidak pernah gagal mencari peluang. Elemen mengejutkan yang menjadikan trend ini semakin meningkat dalam kalangan orang muda. Trend yang asalnya datang dari China ini semakin meluas tidak kira untuk wanita mahupun lelaki. Apabila digabungkan dengan trend fesyen bag charm, semakin ramai yang ingin menyertai trend fesyen ini. Antara blind box yang boleh dijadikan bag charm ialah Labubu. Terdapat banyak lagi karakter yang diminati orang ramai, termasuklah selebriti dan pempengaruh.