Skip to content

LABUBU & 5 BAG CHARM BLIND BOX KEGEMARAN RAMAI

LABUBU & 5 BAG CHARM BLIND BOX KEGEMARAN RAMAI

Kongsikan artikel ini
2 of 7

#1 Labubu

Labubu adalah watak popular daripada siri The Monsters yang dipasarkan oleh Pop Mart. Karakter ini dicipta oleh artis dari Hong Kong, Kasing Lung. Ia menarik perhatian ramai kerana penampilannya yang nakal tetapi comel. Dengan gigi bergerigi, telinga panjang, dan senyumannya yang ceria. Watak Labubu digambarkan sebagai baik hati tetapi sering terjebak dalam masalah tanpa sengaja ketika cuba membantu orang lain,. Hal ini menjadikannya lebih menarik dan disukai ramai. Labubu mula mencapai populariti apabila digunakan oleh selebriti terkenal seperti Lisa dari Blackpink. Selain dari rantai kunci Labubu yang boleh dijadikan bag charm, pelbagai versi Labubu juga ada dalam bentuk figura. Edisi terhad dan kolaborasi, seperti siri Labubu x PRONOUNCE juga mempunyai nilai yang tinggi sekarang. 

bag charm

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @labubu (@labubuofficial)

2 of 7